Teruja Lihat Baby Bump Mawar

Isteri kepada pelakon Fizo Omar dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambar di instagram menampakkan perut atau ‘baby bump’ yang kini sudah mencecah lima bulan.

Memang sudah jelas kelihatan baby bumpnya dan sudah nampak seri ibu sedang mengandung selepas disahkan hamil pada penghujung Mei lalu.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Mawar ada berkongsi foto yang menunjukkan baby bump yang semakin membesar yang mencuri tumpuan pengikutnya.

IKLAN

“Sampai ja harus la cari nasi kandaq. Sapa kat sini dah balik kampung? (Adoi kat perot tu tali seluaq ok jangan kecam na.),” tulisnya dalam loghat utara.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pengikut Instagram Mawar mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.

Ada juga yang memuji baby bump Mawar dan mendoakan agar dapat bersalin dengan selamat nanti.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Mawar dan suaminya Fizo Omar semoga berada dalam keadaan baik.

IKLAN

Terdahulu, Fizo dan Mawar yang merupakan pengasas jenama tudung terkenal, Fareeda telah disatukan pada November 2013.

MH mendoakan agar Mawar dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.