Penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli mengakui berasa sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima menerusi lagu Mimpi meskipun menyifatkan dia hanya mempunyai waktu yang singkat bagi menyiapkan lagu tersebut.

Malah, menerusi perkongsian di Instagram, Haqiem turut mendedahkan
dia juga tidak mengambil masa yang lama untuk memikirkan mengenai soal lirik atau dalam erti kata lainnya ‘main tembak sahaja’.

“Terma ‘Pakai Bantai’ Hanyalah Cara Saya Merendah Diri,” – Lagu Mimpi Raih 13 Juta Tontonan, Haqiem Rusli Tidak Mahu Dilabel Berlagak

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Haqiem menjelaskan perkataan ‘tembak’ atau ‘bantai’ bukanlah bermaksud dia melakukan kerjanya dengan sambil lewa sebaliknya itulah terma yang selalu dia gunakan untuk merendah diri.

“Sebenarnya terma ‘pakai bantai’ itu hanyalah cara saya untuk merendah diri. Itulah perkataan yang saya selalu gunakan.

“Ketika dalam proses penulisan lirik tu bukanlah saya bantai je, seharian waktu yang saya ambil itu, saya tulis betul-betul.

“Cuma perkataan yang saya gunakan itu, saya tidak mahu ia kelihatan seperti berlagak. Kalau berlagak nanti orang tak suka pula,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) Ke-33 itu berkata semedikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.

“Terma ‘Pakai Bantai’ Hanyalah Cara Saya Merendah Diri,” – Lagu Mimpi Raih 13 Juta Tontonan, Haqiem Rusli Tidak Mahu Dilabel Berlagak “Terma ‘Pakai Bantai’ Hanyalah Cara Saya Merendah Diri,” – Lagu Mimpi Raih 13 Juta Tontonan, Haqiem Rusli Tidak Mahu Dilabel Berlagak

Pada masa sama, Haqiem turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakannya ilham yang tidak putus-putus sewaktu menyiapkan lagu tersebut.

“Saya tak bantai cuma tempoh yang diberikan kepada saya agak singkat. Prosesnya pula boleh dikatakan sebagai mudah dan senang.

IKLAN

“Mungkin Allah bagi saya rezeki untuk ilham datang mencurah-curah pada ketika itu. Alhamdulillah segala proses disiapkan dalam masa sebulan,” katanya lagi.

“Terma ‘Pakai Bantai’ Hanyalah Cara Saya Merendah Diri,” – Lagu Mimpi Raih 13 Juta Tontonan, Haqiem Rusli Tidak Mahu Dilabel Berlagak

Dalam pada itu, Haqiem turut mendedahkan dia juga berasa sangat terharu kerana karyanya masih lagi diterima ramai meskipun ketika ini industri nyanyian mempunyai lambakan penyanyi baru.

IKLAN

“Saya tidak jangka lagu ini boleh pergi sangat jauh. Kali terakhir lagu saya yang betul-betul ‘meletup’ adalah Tergantung Sepi.

“Bila orang dah anggap lagu Tergantung Sepi sebagai ‘killer song’ saya, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk ada satu lagi ‘killer song’ selepas lagu itu.

“Alhamdulilah lagu Mimpi ini membuktikan walaupun ketika ini ramai lagi penyanyi baru yang datang, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi menerima karya Haqiem Rusli,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Mimpi yang juga merupakan lagu tema bagi drama, Bidadari Salju telah pun meraih lebih 13 juta tontonan di laman Youtube dalam masa dua bulan.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI