Menerusi laman media sosial Instagram, pelakon Sharifah Sakinah ada memuat naik satu rakaman video yang berkongsi bersama pengikutnya.

Rakaman video tersebut memaparkan bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini mengenakan telekung yang dihadiahkan pelakon, Marsha Milan sambil dilihat seolah-olah sedang melakukan salah-satuk teknik senaman.

“Bila malam jumaat lepas tu terus masuk class. Tak sempat tukar gym attire. Thanks @marshamilan memang lightweight your telekung . 5,6,7,8 i see you guys soon #virtualreality,” tulisnya.

Lantas, perkongsian adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini telah mendapat perhatian warganet.

IKLAN

Ramai yang menyifatkan tindakan Sakinah keterlaluan dan tidak sesuai melakukan aksi sedemikian apatah lagi ketika mengenakan telekung.

“Telekung tu tinggi darjatnya walaupun dari kain… perlu dijaga selayaknya,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen.

“Telekung tu,Ya Allah semoga Allah kurniakan keinsafan pada hati kamu,” doa peminat kepada Sakinah.

IKLAN

“Astagfirullahalazim.. Bwk2 la ngucap weii buat malu kaum jela,” tulis peminat.

“Nk menganjing x Kena tempat..ni ke cara nk tunjuk contoh baik islam pd mat salleh tu.kinah2.ni lh jd klu sentiasa rasa diri tu betul..,” nasihat seorang wargamaya.

Pada masa sama, ada juga segelintir peminat yang meluahkan rasa kurang senang dengan komen yang diberikan oleh netizen.

IKLAN

“Bila dah tutup aurat semasa workout, orang kata mempersendakan agama pula… haih tak faham…,” tulis salah seorang peminat.

“Telekung tu sejenis pakaian ya apa kena mengena plak dia mempersenda agama.Bangang nya semua nak jadi ustazah tapi main ig jgk,follow jugak artis.. sedihh!!,” balas peminat di ruangan komen entri berkenaan.

“Semoga Allah Kurniakan Keinsafan Pada Hati Kamu,” – Bersenam Pakai Telekung, Netizen Tempelak Sharifah Sakinah, Ada Juga Yang ‘Back-Up’ “Semoga Allah Kurniakan Keinsafan Pada Hati Kamu,” – Bersenam Pakai Telekung, Netizen Tempelak Sharifah Sakinah, Ada Juga Yang ‘Back-Up’

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI