Baru-baru ini, Malaysia ada menerima kunjungan kumpulan dari United Kingdom yang makin mendapat tempat di kalangan peminat tanah air iaitu New Hope Club.

Kumpulan yang terdiri daripada tiga orang anak muda, Reece Bibby, Blake Richardson dan George Smith ternyata mempunyai aura mereka yang tersendiri hingga mampu menarik lebih 500 peminat hadir ke majlis Meet & Greet tersebut.

Bagaimanapun, timbul perkara kurang enak apabila ada peminat bertudung dilihat memeluk ketiga-tiga anak muda tersebut hingga tular di media sosial.

‘Terlalu Teruja Hingga Terpeluk New Hope Club’ Remaja Bertudung Dikecam Mohon Maaf

Ads

Sebagai seorang yang beragama Islam terutamanya bertudung, tindakan remaja perempuan tersebut dilihat kurang sesuai apatah lagi sebelum ini, negara juga pernah digemparkan dengan isu yang sama.

Terdahulu, negara digemparkan dengan insiden di mana wanita bertudung dipeluk oleh artis Korea Selatan dalam satu majlis Meet & Greet di tanah air dan mendapat kecaman ramai. Sejak itu, para selebriti luar yang datang ke Malaysia menjaga batas mereka apabila berdepan dengan peminat beragama Islam.

Ads

Dalam pada itu, remaja yang terlibat tersebut mengambil inisiatif memohon maaf menerusi sebuah portal hiburan.

Ads

Katanya, mereka tidak menyangka keterujaan bertemu dengan grup yang diminati hingga terlepas laku tular di media sosial hingga mendapat kecaman hebat netizen.

‘Terlalu Teruja Hingga Terpeluk New Hope Club’ Remaja Bertudung Dikecam Mohon Maaf

Bagi MH, minat-minat juga tapi batas sebagai seorang Islam harus juga dijaga. Cuma mungkin remaja tersebut perlu berhati-hati, kita sekarang di zaman teknologi..tak tahu jika ada kamera yang memerhati.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI