Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selamat bergelar tunangan kepada Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Sabtu.
Majlis indah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata, tampak anggun dengan mengenakan persalinan dalam rona pastel ilham Atelia Amani.
Bella Terima Lima Dulang Hantaran
Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq, pada majlis yang bermula sekitar jam 3.30 petang itu.
Ads
Antara rakan selebriti yang turut hadir meraikan hari bahagian pasangan terkenal itu ialah Datuk A Aida, Nora Danish, Nabil Ahmad, Nur Fazura, Que Haidar dan ramai lagi.
Majlis itu turut disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang bakal mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.
Berita gembira tersebut diumumkan menerusi satu hantaran terkini mereka menerusi Instagram.
“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
“Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
“Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulis Syed Saddiq pada ruang kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa yang baik serta meluahkan rasa gembira terhadap pengumuman tersebut.
Malah, ada di antara rakan artis yang turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan, antaranya:
“Alhamdulillah,” kongsi Siti Nurhaliza ringkas.
“I wanna cry,” respon Nora Danish.
“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke syurga, Bella sayang. Happy for you,” tulis Mira Filzah.
“May Allah SWT blessed and ease everything for you both today, tomorrow dan the days to come… amin,” respon Fazura pula.
Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif di Astro menerusi platform digital Astro mulai jam 2 petang.
Anda juga boleh menonton secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula jam 3.30 petang ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon, Erysha Emyra mengakui dirinya sudah lali apabila sering digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan rakan pelakon setiap kali mereka digandingkan dalam sesebuah naskhah.
Menurut Erysha, situasi tersebut langsung tidak membuatkan dirinya berasa marah atau tersinggung.
Sebaliknya, dia memahami perkara itu merupakan sebahagian daripada asam garam kehidupan sebagai anak seni.
“Jika saya digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki, biasanya memang ada pihak yang akan kenen-kenenkan. Sudah tentu kerana mereka tonton drama kita dan suka lihat kita bersama.
“Saya okay sahaja. Tiadalah sampai nak marah atau terasa. Jika peminat gembira, saya pun suka. Ramai yang tak tahu, bila kita jalani penggambaran berbulan-bulan, sudah pasti kita akan rapat.
“Malah, jika kita bekerja di pejabat sekali pun, selepas berbulan-bulan, pasti kita akan rapat dengan pekerja meja sebelah. Ada yang kata, lepas habis drama, kenapa masih nampak bersama?
“Kita hanya meneruskan pertemanan itu,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon Noniswara itu berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran LOL Entertainment, baru-baru ini.
Mengulas mengenai hubungannya bersama pelakon yang juga anggota kumpulan Alpha, Ariel Fesol, Erysha menjelaskan mereka selesa berkawan, lebih-lebih lagi selepas bergandingan menerusi drama Satu, Dua… Dia?
“Saya selesa berkawan dengan Ariel sama seperti saya selesa berkawan dengan orang lain. Pada saya, Ariel seorang lelaki yang baik dan menghormati orang lain.
“Ketika di set penggambaran, dia juga baik dengan orang-orang yang menguruskan saya seperti pengurus peribadi, stylist dan lain-lain lagi.
“Dia pandai menyesuaikan diri. Itulah kualiti yang baik bila seseorang pelakon itu nak masuk ke dalam industri seni,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Erysha menjelaskan dia tidak boleh mengawal perasaan orang lain, terutamanya para peminat yang mungkin kurang gemar melihat dirinya dikaitkan dengan mana-mana pelakon lelaki.
“Sudah tentu ada yang tak suka bila kami dikenen-kenenkan. Bila kita dikatakan rapat dengan mana-mana pelakon, mesti ada peminat-peminat kita yang tak berapa suka.
“Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Pada saya, orang luar buat bercakap atau mentafsirkan apa sahaja. Saya tidak risau.
“Apa yang saya paparkan di media sosial, itu hanyalah apa yang ingin saya tunjukkan sahaja. Apa yang terjadi di belakang tabir, banyak yang mereka tidak tahu,” kongsinya lagi.
Mengulas mengenai persoalan cinta lokasi, Erysha percaya perasaan cinta boleh berputik di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat atau keadaan.
“Saya percaya kerana pada saya, cinta itu boleh berputik di mana-mana sahaja. Bila kita berjumpa di sekolah atau pejabat, perasaannya sama sahaja. Bezanya cuma tempat,” katanya.
Sementara itu, Erysha turut menjawab persoalan sama ada hatinya kini sudah berpunya atau sebaliknya.
“Jika lihat pada jari yang kosong ini, itu bermakna belum ada (teman istimewa). Dalam dunia ini, perjalanan hidup kita panjang.
“Sudah tentu ada fasa bila kita kenal dan rapat dengan seseorang. Kita bukanlah nak try & error sahaja tapi mesti kita nak cari orang yang serasi dengan kita,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah berpisah, pelakon Emma Maembong tetap memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, demi mencipta kenangan indah buat permata hati mereka.
Menurut Emma, dia tidak mahu anak-anaknya merasakan perbezaan dalam situasi keluarga hanya kerana ibu bapa mereka tidak lagi bersama.
“Walaupun saya dan suami sudah tidak bersama lagi, setiap tahun, saya pasti akan beraya dan ziarah keluarganya. Dia bapa kepada anak-anak saya.
“Saya tak nak mereka rasa berbeza. Anak-anak saya masih kecil. Jadi, saya tak mahu memori ketika mereka membesar berubah. Walaupun kami sudah tidak bersama, saya mahu mereka melihat yang kami sentiasa ada bersama.
“Sebab itu ada yang keliru sama ada saya ini sudah bercerai atau tidak. Setiap kali hari raya, kita akan ambil gambar sedondon seperti tiada masalah.
“Pada saya, memang tak perlu ada masalah. Kita tak perlu ambil gambar raya berasingan. Biarlah anak saya membesar dengan ada gambar keluarga yang lengkap. Itu hal paling penting untuk kesihatan mentalnya,” katanya kepada MH.
Jelas pelakon drama, Kerana Cinta Itu Dusta itu lagi, dia tidak mahu anak-anaknya melalui pengalaman yang sama seperti dirinya ketika membesar dalam keluarga berpecah.
“Saya membesar dalam keluarga yang berpecah. Saya faham bagaimana perasaannya bila hari raya, kita kena raya berasingan dengan ayah dan ibu.
“Saya faham sangat perasaan perlu bertukar lokasi dan baju. Nak buat macam mana, jodoh mereka tak panjang.
“Ada kalanya saya rasa agak sedih dan bertanya juga, bagaimana rasanya bila ada satu gambar bersama ibu dan ayah. Saya jadi teringin. Hal itu tidak akan pernah terjadi,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Emma memaklumkan dia pernah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) semata-mata untuk memenuhi keinginannya memiliki gambar keluarga yang lengkap.
“Sampai satu tahap, ketika ini, kita ada teknologi AI. Saya upah orang untuk cipta gambar kami sekeluarga.
“Ada satu ketika dahulu, saya sampai belajar untuk melukis semata-mata nak lukis gambar kami bersama,” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, kedua-dua ibu bapanya kini membawa haluan masing-masing dan kemungkinan untuk mereka meluangkan masa bersama adalah tipis.
“Hubungan mereka sama seperti orang normal yang berpisah. Sampai ke tua mereka membawa diri masing-maisng dan tak mahu berjumpa. Saya kena hormat keputusan mereka.
“Masih kecil, saya pun tak pernah ambil tahu apa yang berlaku. Saya anak ke sembilan dan punyai adik-beradik ramai. Takkanlah saya nak bertanya. Bila sudah kahwin, kita sendiri tahu bagaimana susahnya nak lalui situasi itu.
“Jadi, saya tak nak ulang kesilapan sama,” akhirinya.
Sekadar informasi, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi komitmen kewangan yang perlu dibiaya setiap bulan demi memastikan kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, menerima pendidikan serta keperluan terbaik.