Pengacara dan pembaca berita, Dayang Atul bukan satu nama yang asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan berita sukan tempatan.

Terbaru, penampilan terkini Dayang nyata menarik perhatian ramai selepas dia dilihat anggun mengenakan hijab.

Menerusi entri yang sama, pembaca berita Nadi Arena ini juga turut menyertakan kapsyen, ‘disetiap kesusahan, pasti ada kemanisannya. Alhamdulillah’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang (@dayangatul)

Bukan setakat itu, Dayang turut dilihat telah memadam kesemua gambar-gambar lamanya sewaktu belum berhijab di Instagram.

Malah, Dayang juga telah pun membuat penampilannya di program berita, Nadi Arena dengan imej terbarunya itu.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan-rakan dan netizen turut tumpang gembira selain turut memuji penampilan terkininya itu.

“Dayang cantik sangat.

“Suka betul dengan penampilan terbaru ini.

IKLAN

“Alhamdulillah. Tetap cantik, comel dan style. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan Dayang.

“Tahniah Sis. Semoga dipermudahkan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sementara itu, Dayang turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.

IKLAN

“Terima Kasih Untuk Doa Yang Baik-Baik,” – Pembaca Berita Sukan Dayang Atul Kini Sopan Bertudung, Padam Semua Foto ‘Free Hair’

“Terima kasih banyak-banyak untuk doa yang baik-baik daripada anda semua. Anda membuatkan saya sangat gembira. InsyaAllah saya juga akan mendoakan yang terbaik untuk setiap seorang daripada kalian semua,” tulisnya.

Sekadar informasi, Dayang telah pun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dayang Atul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI