Berita

“Terima Kasih Suami Saya, Tolong Macam-Macam Selama Berperang Nyawa Keluarkan Jarir,” – Amira Othman

Share

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman merakamkan ucapan menyentuh jiwa buat suami tercinta yang juga aktor, Fattah Amin selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung pada petang, Selasa.

Menurut Amira, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang setia menemaninya sepanjang melalui tempoh hamil dan melahirkan anak lelaki mereka.

“Terima kasih suami saya. Tolong macam-macam selama saya mengandung, bersalin dan berperang nyawa keluarkan Jarir,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Rasa & Takdir itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Dalam masa sama, Amira turut memanjatkan doa agar suaminya itu dikurnikan ganjaran syurga daripada Allah SWT.

“Semoga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya,” kongsinya lagi.

Amira Selamat Bersalin ‘Baby Boy’

Terdahulu, Amira telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Amira dan Fattah turut memaklumkan mereka sepakat untuk menamakan anak mereka Muhammad Jarir Umar.

Sekadar informasi, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Fattah sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurnian seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fattah Amin & Amira Othman

Published by
Aizam Manaf