Ads

“Terima Kasih SPRM Kerana Beri Layanan Yang Sangat Baik Pada Saya Sepanjang 23 Jam Siasatan,” – Shuib

Penyampai radio Shuib Sepahtu menyifatkan penahanannya selama 23 jam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam berbisnes.

Sambil menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan, suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu memaklumkan, dia dipanggil ke suruhanjaya itu bagi membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

“Salam Jumaat,, Alhamdulillah,syukur,,, Terima kasih pd semua yg mendoakan sy dan isteri,,, Sy panggil utk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih pd pihak SPRM kerana memberi layanan yg sgt baik pd sy sepanjang 23 jam siasatan.

Ads

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dlm bisnes, Doakan perniagaan #BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pd semua org..
“U pray for the Rain,u have to deal with the mud also” @bubblebeemalaysia_hq,” tulisnya.

Ads

Rakan artis serta peminat turut memberikan sokongan serta ucapan buat bapa kepada tiga cahaya itu.

Ads

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi...

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.
error: Hello. Cannot.