Drama rantaian Aku Yang Kau Gelar Isteri yang menyaksikan Sharifah Sakinah sebagai pelakon utamanya kini sudah pun melabuhkan tirai pada malam Isnin.

Sakinah yang telah memegang watak Laila menerusi drama bersiri berkenaan memberitahu, bukan satu perkara mudah untuk menjalani pengambaran ketika dalam tempoh pandemik.

Namun bersyukur kerana semuanya tetap berjalan lancar.

Bagaimanapun, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired yang berterima kasih atas peluang yang diberikan syarikat produksi dan menitipkan ucapan sama buat semua yang memberikan sokongan.

Malah aktres berusia 31 tahun ini juga bakal berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan.

“I would like to take this opportunity to send a BIG THANK YOU to everyone involved in the production of #akuyangkaugelaristeri.

IKLAN

“It wasnt easy to make this production happens with the ongoing pandemic but we did it!! Thank you all for the massive support and the feedback given.

“I’m very proud of all my coworkers and the production team and last but not least, I would like to send big thanks to all of you who has watched our series.

“This will now be my last drama for a while where I’ll take a break to recharge my batteries and to get a well deserved break from shooting. I will for the near future, instead of shooting, focus on my training, family and business #pompuanpompuan.

IKLAN

“See you all soon and thanks again for making this happen! #akuyangkaugelaristeri,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Aku Yang Kau Gelar Isteri ini mengisahkan mengenai persahabatan dua orang gadis yang bersahabat baik, Laila dan Raihani lakonan Nadia Brian yang mencintai seorang jejaka bernama Eizlan (Datuk Adi Putra).

IKLAN

Cemburu dengan kebahagiaan rumah tangga Raihani bersama Eizlan, Laila telah mengamalkan ilmu hitam untuk memusnahkan rumah tangga rakan baiknya itu.

Drama arahan Shuhaimi Lua ini telah ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

“Terima Kasih Semua Atas Sokongan,” – Aku Yang Kau Gelar Isteri Tamat, Sharifah Sakinah Umum Berehat Berlakon Seketika Sebab… “Terima Kasih Semua Atas Sokongan,” – Aku Yang Kau Gelar Isteri Tamat, Sharifah Sakinah Umum Berehat Berlakon Seketika Sebab…

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI