“Terima Kasih Selamatkan Sherry,” – Trending Nombor 1 Di Twitter Kerana Jadi ‘Penyelamat Keadaan’, Tabik Cara Alif Satar!

Share

Kekal trending sejak awal hari ini, nama Aliff Satar menjadi sebutan di media sosial apabila rata-ratanya memuji tindakan penyanyi Sesungguhnya Aku yang dikatakan menjadi penyelamat keadaan di Big Stage 2019 ketika juri jemputan minggu pertama yang didakwa mempersenda rakan hos, Sherry Al Hadad.

Kisahnya, Mark Ada ada menggunakan frasa iaitu ; “…even the host is big”.

Lalu selang beberapa ketika, Aliff cuba untuk  mengawal keadaan yang ketika itu gamat dengan sorakan penonton di auditorium.

“Mark. You are right, she has big talent bro,” balas Aliff sambil diiya kan Mark.

Sementara Sherry dilihat hanya tersenyum di sisi peserta Thailand, Chaleeda Gilbert.

Menerusi posting terkini Aliff di Instagram, netizen tidak putus memberikan pujian dan tak kurang yang turut berterima kasih buat bintang itu yang dilihat peka dengan situasi.

Dalam perkembangan lainnya, Mark telah pun menyatakan permohonan maaf secara terbuka buat Sherry dan semua yang terasa atas khilaf yang dilalukan selain turut memperjelaskan situasi berkenaan dengan lebih lanjut.

Foto: Instagram Alif Satar

IKLAN