Pelakon, Amar Asyraf menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Farhana Yusof telah selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada tanggal 25 Mac lalu.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Amar menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini turut memberitahu, dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi mereka, Ammara Fateema.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

“Alhamdulillah Syukur pada Allah S.W.T. Allah maha baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan, 25 Mac bersamaan dengan 3 Ramadhan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya Ammara Fateema binti Amar Asyraf,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amar turut memanjatkan doa semoga kehadiran anaknya itu menjadi asbab dia dan isteri diberikan ganjaran syurga.

“Semoga jadi anak yang soleh dan baik. Asbab bapak dan mummy masuk syurga In Shaa Allah.

“Thank you mummy @cik.chempaka . I love you so much lillahitaala,” kongsinya lagi.

IKLAN

Sementara itu, isterinya turut merakamkan ucapan penghargaan buat Amar kerana sentiasa berada di sisinya sepanjang berada di bilik bersalin.

“Nangis tengok gambar ni. Terima kasih sayang sebab teman saya sepanjang dalam bilik bersalin dan korbankan tangan awak sekali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Amar dan isteri.

“MasyaAllah, Alhamdulilah. Tahniah brother.

IKLAN

“Ya ampun, comelnya! Semoga baby dan mommy sihat-sihat sahaja.

“Tahniah bang. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Semoga anak perempuan ini menjadi wanita yang solehah, taat perintah Allah dan Rasul serta boleh bantu agama Allah.

IKLAN

“Tahniah Amar. Semoga dapat menyerikan lagi kebahagiaan rumah tangga,” antara komen-komen netizen.

Walaupun tidak mendedahkan butiran perkahwinan, pasangan itu didakwa mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Amar memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian hasil perkahwinan terdahulunya bersama Arna Salleh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Amar Asyraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI