Sebagai penghormatan buat para petugas yang mengorbankan masa dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, Rynn Lim tampil dengan sebuah lagu berjudul Wira Hatiku.

Bintang kelahiran Kuching, Sarawak ini mengambil ruang dengan merakamkan rasa terima kasihnya itu mererusi nukilan dalam lagu.

“Bukan senang mereka menjalankan tugas. Usaha dan jasa mereka memberi saya ilham untuk menulis lirik lagu dan merakamnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka, ink mesej saya yang ingin dikongsikan buat semua” katanya.

IKLAN

Sementara itu, sejak video tersebut dimuat naik ke Facebook, ia turut mendapat perhatian ramai.

[WIRA HATIKU] Lagu didedikasi kepada pasukan Barisan Hadapan menentang Covid-19 Malaysia.

[Wira Hatiku] Lagu didedikasi kepada Barisan Hadapan yang menentang Covid-19 Malaysia. Terima kasih atas jasamu, wira kita!A song dedicated to the frontliners who fight against Covid-19 Malaysia. Thank you for your sacrifice, our heroes! 這首歌,送給在最前線對抗新冠肺炎的英雄們。我跟一般人一樣,在疫情肆虐下很多時候都無能為力,除了乖乖待在家,最起碼希望以歌寄意,謝謝你們偉大的貢獻,加油!KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) angkatan tentera malaysia GrabFood foodpanda Pos Malaysia BerhadWIRA HATIKUBiarpun takut Risau terlalu Tahan airmata Keluarga dirinduSiang dan malam Di hadapanku Kau tetap berjuang melindungikuTerima kasih Terima kasihTerima kasih Oh pengorbananmuTerima kasih Terima kasihOh kaulah wira hatiku Pembela nasibkuSihat selalu Doa untukmu Sokonganku padamu Setiap waktu Ku menunggu kepulanganmuPulang dengan tepukan gemuruhLyric: Rynn LimSong: Rynn LimProducer: Rynn LimGuitar: Cheng LeePiano: Elaine SoongMix & Master: Cheng LeeVideo: Whoa Men Studio#wirahatiku #frontliners #barisanhadapan #kkm #pdrm #atm #doktor #jururawat #pasukanperubatan #askar #polis #fooddelivery #foodpanda #grabfood #media #covid19 #covid19malaysia #dudukrumah #stayathome #kitajagakita #新冠肺炎 #coronavirus

Posted by Rynn 林宇中 on Monday, April 6, 2020

Rynn memulakan kerjaya seninya pada tahun 2002 dan mula dikenali apabila lagu-lagu hits ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Hong Kong, Singapura, Taiwan dan China seperti JJ Lin, Coco Lee, Gigi Leung Wing Kei, Andy Hui, Jordan Chan dan ramai lagi.

IKLAN

Bakatnya dalam mencipta lagu-lagu popular membolehkan penyanyi ini untuk menempa nama sebagai seorang komposer dan pencipta lagu.

Malah, Rynn juga memperluaskan bakatnya melalui album sulung yang berjudul ‘1st’, yang secara tidak langsung membuka peluang keemasan kepadanya untuk melebarkan sayap hingga berjaya memenangi anugerah bagi kategori Artis Baru Terbaik (Lelaki) di The 17th Taiwan Golden Melody Awards.

IKLAN

Kejayaan yang diraihnya itu sekaligus menjadikan Rynn sebagai rakyat Malaysia pertama meraih gelaran itu.

Rynn sebelum ini pernah bergabung tenaga dengan Sheila Majid menghasilkan satu lagu duet berjudul Melodi.

Sepanjang kariernya, dia sudah pun berjaya memenangi banyak anugerah, antara anugerah termasuk penghibur terbaik, persembahan vokal lelaki terbaik, rakaman album terbaik, artis baru terbaik, lagu paling popular dan banyak lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI