Juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad atau lebih sinonim dengan panggilan Da’i Farhan ada berkongsi beberapa keping foto yang mengundang perhatian ramai.
Menerusi foto yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Farhan ada mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal sebagai isteri keduanya.
Malah, penceramah berusia 29 tahun itu turut mengucapkan terima kasih buat isteri pertama yang tabah dan kuat semangat dengan hakikat tersebut.
“Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku..Allah yg pertemukan kami disisi Baitullah, dibawah payungan langit Kaabah..di Tanah Suci jgk kami disatukan dgn ikatan pernikahan.
Ads
”Amanah buat ku utk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yg baik hati semuanya.
”Terima kasih buat isteri pertama ku yg sentiasa tabah & kuat semangat dgn hakikat ini..moga segalanya dlm redha & rahmat ilahi..aamiin..mohon semua doakan yg terbaik utk ustaz & amanah yg Allah berikan pd ustaz ini..fii amanillah,” tulisnya.
Baru-baru ini, pelakon Bella Dally memaklumkan dirinya mengalami masalah tonsil.
Bersikap penyayang, Bella telah menitipkan kata ucapan terima kasih kepada si suami, Arif Izudin yang telah menjaganya ketika sedang sakit.
“Thank you for taking good care of me love. Ahhh rasa sengsara sangat bila tonsils bengkak, tak dapat telan tak dapat nak cakap.
“Especially bila pagi-pagi tu bila bangun rasa macam. I’m not fully recovered yet, tapi wow it feels so good to hibernate.Whilst hibernating, I did some reflection.
“Why was I selfish towards myself until this happened? I keep on giving and giving to others but i neglected myself. Isn’t my life all about self-love and happiness?,” tulisnya.
Pelakon yang juga adik kepada Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida, Betty Rahmad telah selamat menganjurkan majlis akikah serta kesyukuran buat permata hatinya, Ardy Wira Ardy Shafiq, pada Ahad.
Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat tetamu yang hadir serta semua pihak terlibat menjayakan majlis, Betty turut memaklumkan majlis akikah hanya sempat dilakukan ketika usia anaknya mencecah sembilan bulan.
“Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat. Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati!
“Majlis Aqiqah & Kesyukuran @ardywira_ 10/11/2019. Nanti dah besar kamu boleh tengok balik perangai kamu menari-nari macam ulat masa orang tengah marhaban. Thank you semua yang datang & thank you semua yang buat majlis saya best!
“Sebelum korang tanya i tag siap-siap nanti siapa nak buat apa-apa majlis boleh cari dorang ok. Dijamin service terbaik & food sedap,” katanya pada salah satu entri sejurus disertakan dengan kredit.
Kecoh di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Nabila Huda memuat naik gambar bersama seekor anjing jenis Husky Siberian yang menjadi bualan ramai pihak.
Foto tersebut dirakam ketika pelakon berusia 34 tahun itu sedang bercuti ke New Zealand bersama ahli keluarga.
Bagaimanapun, Nabila atau mesra disapa Abil mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian kerana baginya, dia sekadar menunjukkan rasa cinta terhadap haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan.
“Saya tak anggap perbuatan itu memberi pengaruh buruk kepada sesiapa.
“Saya nak tunjuk bahawa sebagai manusia, kita perlu menyanyangi setiap benda yang ada di muka bumi ini.
“Rasanya tiada masalah untuk kita berbuat baik dengan apa sahaja termasuk jenis haiwan, anjing juga makhluk Allah,” katanya jujur.
Pada masa sama, bintang Munafik ini turut menambah dia dan haiwan berkenaan berada dalam keadaan kering ketika sama-sama merakam foto.
“Ketika foto itu dirakam, saya dan anjing berkenaan sama-sama dalam keadaan kering. Kalau dalam keadaan basah sekali pun, kita boleh samak,kan?
“Jadi, tidak perlulah menjadikan perkara itu sebagai sesuatu isu besar,” jelas Abil kepada MH.
Abil menjelaskan perkara berkeaan ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
Malah, tindakannya yang bergambar bersama seekor anjing turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy Search ini menyarankan agar PU Syed atau sesiapa sahaja supaya lebih memberikan fokus kepada isu lebih besar, seperti gejala sosial khususnya melibatkan remaja.
“Kalau ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat atau ceramah sekali pun, lebih baik mereka fokus pada masalah remaja hari ini yang semakin teruk,” jelasnya.
Sementara itu, Nabila dinobatkan pemenang bagi kategori Pelakon Drama Terbaik menerusi Dia Tidak Berdosa, sekali gus mengetepikan calon lain seperti Eyka Farhana, Mimi Lana, Sweet Qismina dan Sherie Merlis.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.