Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan keadaan kesihatannya kini telah pun beransur pulih daripada wabak Covid-19.

Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat, tahap oksigennya kini telah kembali ke paras normal malah, deria rasa dan baunya juga sudah tidak mempunyai masalah.

“Terima Kasih Allah Pinjamkan Baki Usia…,” – Paras Oksigen Kian Normal & Dada Tak Sempit Lagi, Shahrulezad Mohameddin Makin Pulih “Terima Kasih Allah Pinjamkan Baki Usia…,” – Paras Oksigen Kian Normal & Dada Tak Sempit Lagi, Shahrulezad Mohameddin Makin Pulih

Katanya lagi, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana Allah masih lagi memberinya nikmat kesihatan yang baik selepas ditimpa musibah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Muka pasca Covid. Alhamdullilah. Keadaan abam semakin sihat. Level oksigen dah kembali kearas 98. Dada pun tak sempit lagi. Selera makan. Deria baru dan rasa dah kembali normal.

“Terima kasih Allah kerana meminjamkan lagi baki usia untuk abam. Syukur yang tak terhingga,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama popular, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Terima Kasih Allah Pinjamkan Baki Usia…,” – Paras Oksigen Kian Normal & Dada Tak Sempit Lagi, Shahrulezad Mohameddin Makin Pulih “Terima Kasih Allah Pinjamkan Baki Usia…,” – Paras Oksigen Kian Normal & Dada Tak Sempit Lagi, Shahrulezad Mohameddin Makin Pulih

Dalam pada itu, Shahrulezad turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menitikberatkan soal kesihatan bukan sahaja daripada wabak Covid-19 tetapi penyakit-penyakit lain juga.

“Korang semua jaga diri okie. Jaga SOP seketat yang mungkin. Covid masih berada di mana mana sekarang. Lagi satu tolong hati-hati bila makan di luar sekarang.

“Di Selangor dah ada satu kes taun/kolera di daerah Petaling. So please take an extra care. Kalau boleh bawak la bekal air putih sendiri dari rumah.

“Jangan percaya sangat dengan air kosong yg kita order di kedai mamak especially yg ada air batu tu. Lebih baik kita berjaga jaga dari kita terkena,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut menitipkan doa semoga kita terhindar daripada sebarang wabak penyakit.

“Abam doakan yang baik baik saja untuk kita semua okie. Pohon Allah lindungi kita semua dari segala malapetaka bala bencana dan segala penyakit yg ada di muka bumi ini. Amin Ya Rabbal Alamin. InsyaAllah,” ujarnya lagi.

“Terima Kasih Allah Pinjamkan Baki Usia…,” – Paras Oksigen Kian Normal & Dada Tak Sempit Lagi, Shahrulezad Mohameddin Makin Pulih

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa lega selain turut berharap agar Shahrulezad dapat pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

“Alhamdulillah, Allah baik bang. MasyaAllah.

IKLAN

“Happy tengok abang happy.

“Syukur Alhamdulillah. Fresh face.

“Semoga Budak Ijat lekas sembuh total. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Shahrulezad telah menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selapas disahkan positif Covid-19.

“Terima Kasih Allah Pinjamkan Baki Usia…,” – Paras Oksigen Kian Normal & Dada Tak Sempit Lagi, Shahrulezad Mohameddin Makin Pulih

Malah, pemenang anugerah bagi kategori pengarah pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 turut telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas tahap oksigennya menurun secara mendadak.

Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI