Processed with VSCO with b1 preset

Abby Abadi ada berkongsi video pendek yang merakamkan jenazah bayinya, Muhammad Danial Firman dikafan sebelum disemadikan.

Allahyarham Muhammad Danial atau lebih sinonim dipanggil Baby D dilapor meninggal dunia pada usia 72 hari selepas lebih dua bulan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Arwah dilahirkan secara pembedahan pada 27 September lalu ketika kandungan Abby mencecah hampir enam bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.

IKLAN

“Ada kelahiran, pasti ada kematian. Ada permulaan pasti ada pengakhiran.

”Tiada yang kekal. Semua akan kembali kepada DIA. Mama & Abah @jaiezzany redha.

”Terima Kasih ALLAH, membahagiakan kami dgn kelahiran ini. Pinjamkan kepada kami
Muhammad Danial Firman Faizal, walaupun cuma 72hari.

IKLAN

”Semoga anak2 kami, Muhammad Danial Firman Faizal dan Muhammad Firdaus Faizal sebelum ini menjadi saham kami di “sana” nanti,” tulis Abby panjang lebar menerusi entri terkininya di Instagram.

Untuk rekod, Abby dan suaminya, Faizal Zakaria mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.

IKLAN

Hasil perkahwinan terdahulu pula, Abby turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Terdahulu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, selepas Subuh.

Foto: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI