Tidak terlepas daripada diheret sebagai salah seorang selebirti yang menjadi turut mangsa buli siber di jaluran media sosial, pelakon filem Busker, Daiyan Trisya menyifatkan senario tersebut tidak boleh disekat seratus-peratus.

Katanya kepada MH, kuasa dan perkembangan teknologi yang pesat memberi peluang buat mereka yang tidak bertanggungjawab untuk akses apa sahaja, sekali gus boleh menyalah gunakan kemudahan tersebut.

IKLAN

Terima Gambar Tak Sepatutnya di Media Sosial, Daiyan Trisya Akui Rasa Geli!

IKLAN

“Akaun Instagram (IG) saya  pernah diceroboh. Mereka delete akaun tersebut. Rasa pelik juga kerana saya ingatkan, individu tersebut mahu ‘mengambil’ followers untuk buat perniagaan dalam talian. Sebaliknya, dia hapuskan terus akaun IG saya.

 

“Rasa ralat juga kerana ia turut melibatkan urusan perniagaan dengan client dan sebagainya. Lalu saya menghubungi pihak IG dan alhamdulillah, mereka berjaya restore balik akaun tersebut,’ akui Daiyan yang turut memberi pesan buat semua agar berhati-hati di dalam menguruskan akaun media sosial masing-masing.

Pada masa sama, selebriti cantik ini juga tidak terlepas daripada menerima gambar tidak sepatutnya di media sosial.

IKLAN

“Boleh dikatakan, dalam sebulan mesti ada sekali. Saya pun tak tahu apa motif dan sebab mereka hantar gambar yang tidak sepatutnya. Sebab itulah, cara terbaik saya tidak akan buka gambar yang dihantar, terutamanya mereka yang mempunyai akaun mencurigakan. Geli pun ada!,” akhiri Daiyan yang tidak sabar untuk menantikan reaksi penonton terhadap filem pertama lakonannya itu yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Januari depan.

https://www.youtube.com/watch?v=xrwwqPgzY2k

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI