Sering menjadi bahan ketawa oleh sesetengah netizen, Neelofa tidak kisah dengan setiap gelaran yang diberikan kepadanya mengenai penampilannya baru-baru ini yang mengetengahkan gaya suit oren, berturban dan pouch beg.

Melalui Berita Harian, Neelofa memberitahu dia bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang menganggapnya sebagai mangsa fesyen.

Terdesak Ingin Menjadi  Fashion Trendsetter? Ini Penjelasan Neelofa Mengenai ‘Baju Oren’

Tambahnya lagi, gaya yang dikenakannya ini sebenarnya sedang hangat diperkatakan di negara Eropah dan tidak menolak mungkin di sini orang ramai kurang berpengetahuan tentang dunia fesyen.

Ads

“Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali.

 

“Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu bila ada yang cakap, saya menjadi mangsa fesyen. Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep ‘cover up’. Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengecam.

 

“Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif,” jelasnya.

Terdesak Ingin Menjadi  Fashion Trendsetter? Ini Penjelasan Neelofa Mengenai ‘Baju Oren’

Terdesak Ingin Menjadi  Fashion Trendsetter? Ini Penjelasan Neelofa Mengenai ‘Baju Oren’

Ads

Terdesak Ingin Menjadi  Fashion Trendsetter? Ini Penjelasan Neelofa Mengenai ‘Baju Oren’

Ads

Sehingga kini, gambar pakaian Neelofa ini menjadi bahan perbualan setiap netizen. Malah, yang lebih melucukan apabila melihat pelawak serta pengacara popular Malaysia, Jihan Muse turut tidak ketinggalan mengenakan gaya tersebut!

Terdesak Ingin Menjadi  Fashion Trendsetter? Ini Penjelasan Neelofa Mengenai ‘Baju Oren’

SUMBER: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI