Penyanyi Tom terpaksa menyanyi sambil memegang bahagian belakang seluarnya yang hampir terlucut ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9)c malam tadi.
Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilihat tenang sehingga akhir persembahan meski berlaku sesuatu yang tak terduga.
“Saya kalau menyanyi selalu rendahkan badan kan, tiba-tiba tu ‘tapp’, alamak. Kita sudah lah ada nak buat showmanship pula. Benda yang tak dapat nak elak.
Ads
“Jadi daripada dibiarkan tercabut (tertanggal), kita teruskan persembahan juga. Pegang. Tapi dia mengganggu jugalah. Tercabut ketika di bahagian chorus.
“Perasaannya rasa macan tak pegang cukup kuat. Rasa macam nak cepat habiskan nyanyian. Sebab takut terjatuh seluar tu,” katanya.
Ads
Sementara itu, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir, dalam saingan minggu ketujuh itu.
Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melahirkan rasa gembira dengan penglibatan golongan selebriti dalam membantu kempen kesedaran e-waste iaitu kepentingan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dalam kalangan penduduk di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dr Norhazni Mat Sari berkata, penglibatan golongan berkenaan sejak setahun lalu secara langsung membantu menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada khalayak menerusi platform media sosial jabatan dan juga selebriti terbabit.
“Kita gembira dan melihat satu perkembangan baik dengan penglibatan para selebriti dalam membantu kempen ini kepada masyarakat awam.
“Sebenarnya sejak tahun lalu kita sudah mula membabitkan golongan selebriti dalam kempen kita. Alhamdulillah ia memberikan satu kesan yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste baru-baru ini sempena Hari E-Waste Antarabangsa yang disambut pada 14 Oktober setiap tahun.
Beliau berkata Fahrin Ahmad dan Bell Ngasri sebagai contoh, memberikan komitmen baik sejak terbabit secara langsung pada tahun lalu dalam beberapa siri kempen dan program mengenai e-waste.
Katanya, pihaknya membuka peluang kepada semua selebriti yang berminat tanpa menetapkan sebarang kriteria asalkan sudi membantu menyebarkan kesedaran mengenai usaha kempen e-waste kepada rakyat Malaysia.
Meskipun kesedaran masih di tahap rendah sejak kempen ini bermula pada 2014, namun saban tahun sentiasa memperlihatkan kadar peningkatan terhadap pengumpulan e-waste iaitu sekitar 100 tan metrik pada peringkat awal meningkat kepada 2,650 tan metrik pada 2021.
“Bagi tahun ini, sehingga September sebanyak 2,141 tan metrik e-waste berjaya dikumpulkan di seluruh negara. Jumah itu ialah dari 200 pusat pengumpulan yang diperkenalkan di serata negeri,” katanya.
Sementara itu, Fahrin ketika ditemui mengakui pada awalnya dia tidak tidak begitu ambil peduli mengenai e-waste sebelum terbabit sendiri dengan kempen berkenaan.
“Sebenarnya banyak yang saya pelajari mengenai e-waste ini. Barangan elektronik dan elektrik kita seperti telefon bimbit serta televisyen yang rosak tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia memberikan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.
“Malah saya juga dapat banyak DM daripada rakan selebriti dan peminat yang bertanya mengenai perkara ini selepas terbabit dengan kempen e-waste.
“Bagi saya setiap daripada kita boleh memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kempen ini berjaya demi kebaikan bersama seperti di Jepun misalnya yang berjaya menghasilkan pingat Olimpik dari bahan buangan produk e-waste.
“Siapa tahu mungkin selepas ini kalau kita ada apa-apa temasya pun, kita boleh ambil langkah sama yang secara tak langsung menyokong e-waste,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dia sudah terbiasa berdikari sejak dari awal remaja lagi malah sudah pun mula bekerja ketika di usia 15 tahun.
Berkongsikan hal itu di Instagram, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, berkata pengalaman bekerja di usia muda membuatkan dia seorang yang ‘gila’ bekerja sehingga kini.
“Saya suka bekerja, bila ada ruang, saya akan lari bantu suami dan mama saya berniaga.
“Saya mula berniaga sejak saya berusia 15 tahun (cuti sekolah).Saya akan mencuci pinggan mangkuk di gerai charkoeyteow di pasar Seberangg Jaya dengan gaji sebulan RM180 (banyak ooo masa tu), RM6 satu malam untuk empat jam,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Disebabkan pengalaman bekerja di usia muda memberikan kematangan kepadanya tentang erti tanggungjawab, Fasha berkata kini dia cuba untuk menerapkan nilai kerja yang sama buat anak-anaknya.
“Pengalaman saya menjadikan saya ibarat ‘campak dekat mana pun saya boleh hidup’.
“Kali ini saya ajak anak-anak saya tolong juga (mereka tengah cuti sekolah).Ajar mereka rasa tanggungjawab.
“Alhamdulillah Jemyma suka bekerja,” tulisnya lagi.
Fasha dan anak-anaknya membantu di booth jualan jeruk mangga serta laksa yang dikendali suaminya, pelakon Aidil Aziz serta ibu Fasha sendiri di pesta makanan yang berlangsung di Ampang, Selangor sehingga hari ini.
Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.