Penampilan pelakon cantik Daiyan Trisha yang muncul mempromosi koleksi Selendang Daiyan by Jovian mencuri tumpuan para peminatnya.
Terdahulu, Jovian dan artis bintang itu pernah berkolaborasi menerusi projek pelitup muka.
“Koleksi selendang ini adalah sebagai penghormatan kepada kecantikan dan keanggunan wanita, dengan setiap selendang direka dengan teliti untuk menjelmakan rasa keanggunan abadi.
“Dengan rangkaian warna yang menakjubkan dan reka bentuk yang rumit, koleksi ini sesuai untuk sebarang majlis, daripada acara istimewa hingga pakaian harian. Ia juga bukan sekadar koleksi selendang biasa, namun menjadi simbol harapan dan ketabahan.
“Projek ini juga jadi kesinambungan keserasian kami bersama Daiyan sekali gus memenuhi permintaan peminat masing-masing” kata Datuk Jovian Mandagie.
Dalam pada itu, jenama berkenaan turut optimis meneruskan tradisi melancarkan koleksi raya menerusi kempen tradisinya, Joviankan Rayamu.
Ads
Untuk tahun ini, jenama berkenaan melancarkan beberapa cabang rangkaian fesyen.
Ia termasuk Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.
Seiring dengan kempen dilancarkan, Jovian menyasarkan ia sebagai usaha menjadikan empayar niaganya sebagai ‘pusat sehenti raya’ pilihan seisi keluarga.
“Saya percaya saban tahun wanita termasuk yang bergelar isteri atau ibu kebiasaannya akan menjadi kepala menentukan perancangan beraya termasuk membeli kelengkapan raya hinggalah pakaian serta barang kemas.
Ads
“Justeru, kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.
“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama. Jadi tak perlu fikir jauh, carilah jenama kami untuk persiapan raya anda,” katanya.
Ads
Menurut Jovian, beliau menerbitkan lebih 40,000 unit keluaran raya termasuk baju, tudung, selendang dan aksesori dengan harga dari RM249 hingga RM999.
Malah ia menawarkan belian rangkaian kempen raya ini secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback selain ada menawarkan belian kombo tiga helai tudung RM100, sah laku di semua butik dan di laman rasmi.
Memberikan pilihan kepada peminat dan pelanggan setia jenamanya, Jovian menegaskan bahawa koleksi diketengahkan dari harga mampu milik hingga ke premium.
Untuk ke butik fizikal, boleh kunjungi pusat beli belah seperti Melawati Mall, IOI Putrajaya, Publika, Berjaya Times Square, Pavilion selain cawangan di Bangi, Bangsar dan Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kejayaan tersebut membolehkan Leona meraih keputusan 7A,1B+.
Pelakon, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil menitipkan ucapan istimewa buat anak tunggalnya, Keisha Laila yang kini genap usia 12 tahun.
Abil berkongsi ucapan tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi posting berkenaan, Abil menceritakan sikap keperibadian anak perempuannya itu.
“You’re 12 today!! I am blessed to have you in my life keisha laila. Hidup mummy kosong kalau keisha takde. Tapi kalau depan mata, asyik gaduh je.
“Kalau jauh rindu pulak haha. You’re my bestfriend. Keisha selalu ada dengan mummy dalam apa pun situation mummy since you’re baby,” tulisnya.
Selain menzahirkan rasa sayang, hos rancangan hiburan Melodi ini mendoakan Kesha membesar menjadi seorang anak yang baik dan berjaya.
“Mummy doakan keisha akan membesar jadi anak yang baik and mummy akan sentiasa berada di belakang keisha untuk support whatever you want, you need, whatever you like,dan apa saja yang buat keisha happy.
“You tak boleh lari dihantui oleh mummy k? Seram tak? Haha. I sayang you sangat lah keisha. Love you so much! Too much, very much. Can’t explain!
“Nanti mummy balik, kite celebrate your birthday ok? Happy birthday to the sweetest girl that i ever had in life,” akhirinya.
Susulan penampilannya yang ada ketika dikatakan seksi atau daring oleh para peminat, pelakon Nora Danish berpendapat sebagai selebriti, dia sedikit sebanyak dia perlu memberi perhatian terhadap komen yang dilontarkan berkenaan imejnya.
Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Mohd Hanif, 40, berkata, peminat berhak untuk menyuarakan sebarang pandangan.
Malah, dia turut terbuka menerima setiap teguran yang diberikan.
“Sebagai selebriti, bidang saya ceburi sangat berkait rapat dengan masyarakat. Jadi, saya tak suka nak berbalah dengan netizen.
“Bagi saya, mereka ada hak nak cakap apa saja. Sebelum ni saya hanya pandang sambil lewa teguran disampaikan.
“Biasanya bila saya pakai sesuatu pakaian, saya tak anggap ia seksi pun. Cuma orang yang memandang tetap akan anggap seksi.
“Tapi saya akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi imej untuk dikongsi di media sosial lepas ini,” katanya kepada MH.
Nora ditemui ketika majlis tayangan filem lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menerusi filem terbitan Bloombordia dan KRU Studios itu, Nora digandingkan buat pertama kali dengan ahli kumpulan K-Clique, MK bagi naskhah bergenre komedi romantik tersebut.
Bercerita mengenai pengalaman terlibat di dalam filem tersebut, Nora berkata ketika pengambaran, matanya tiba-tiba berdarah dan ia jelas kelihatan sewaktu pihak media menonton tayangan filem tersebut.
“Saya pun tidak pasti macam mana mata boleh berdarah… nasib baik tak sakit. Mata saya mula berdarah sewaktu hari ketiga sampailah habis penggambaran filem ini.
“Saya ada berlakon cerita lain juga lepas habis penggambaran filem ini sebenarnya.
“Dalam naskhah itu pun masih kelihatan mata saya berdarah. Mungkin berdarah sebab tengok MK kot,” katanya berseloroh.
7 Minggu Sebelum Kahwin yang diarahkan Eyra Rahman itu turut dibintangi Alya Iman, Sham Visa, Yassin Yahya, Ropie dan Vanessa Reynauld.
Ia bakal ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang pernah popular dengan siri Misteri Gunung Merapi 3 (Mak Lampir), Sandy Permana, maut akibat dibunuh di tepi jalan di wilayah Cibarusah, Kabupaten...