Datuk Awie memilih filem seram komedi sebagai naskhah terbitan syarikat miliknya Rumah Produksi Merah.

Bintang terkenal itu tampil menerbitkan filem berjudul Sue-On iaitu kisah mengenai hantu dari siri Korea yang tersesat masuk ke Malaysia menerusi layar televisyen.

“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” katanya.

Terbitkan Kisah ‘Hantu Korea’ Yang Keluar Dari Peti TV, Datuk Awie; “Ramai Kenal Saya Dengan Filem Zombie Kampung Pisang Dan…” Terbitkan Kisah ‘Hantu Korea’ Yang Keluar Dari Peti TV, Datuk Awie; “Ramai Kenal Saya Dengan Filem Zombie Kampung Pisang Dan…” Terbitkan Kisah ‘Hantu Korea’ Yang Keluar Dari Peti TV, Datuk Awie; “Ramai Kenal Saya Dengan Filem Zombie Kampung Pisang Dan…”

IKLAN

Mengambil inspirasi dari sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.

Penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember
2021 di Taiping, Perak.

IKLAN

Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 6 Julai lalu dan masih ditayangkan sehingga sekarang.

Sue-On mengisahkan seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen.

Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin TV, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, memadamkan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.

IKLAN

Terbitkan Kisah ‘Hantu Korea’ Yang Keluar Dari Peti TV, Datuk Awie; “Ramai Kenal Saya Dengan Filem Zombie Kampung Pisang Dan…”Terbitkan Kisah ‘Hantu Korea’ Yang Keluar Dari Peti TV, Datuk Awie; “Ramai Kenal Saya Dengan Filem Zombie Kampung Pisang Dan…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI