Nama pengasas produk ESW yang juga pempengaruh, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), menjadi sorotan di media sosial selepas memuat naik beberapa posting panas sejak kebelakangan ini membabitkan seorang wanita yang juga yang usahawan, yang dikenali sebagai Che Ta Potpet.

Menerusi satu kenyataan, Iddin mendakwa, dia telah ditipu sebanyak RM150,000 oleh wanita terbabit dan suaminya, yang dikenali sebagai Aaron Lee untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.

“Che Ta dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.

“Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.

“Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.

“Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!,” kata Iddin.

IKLAN

Dakwa Iddin lagi, perbuatan tersebut terbongkar selepas dia memuat baik satu video pada 1 Jun yang lalu.

Video yang dikongsikan menerusi Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan lebih 900,000 kali itu memaparkan dirinya yang baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara.

Iddin dalam keadaan marah menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit.

IKLAN
@iddinsyah.esw Perangai serupa taik.. menipu duit org rm150k. dan rmai lg terkena .. hg tunggu sar… #FounderPenipu #FounderEswDitipu ♬ Powerful songs like action movie music

“Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, di mana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.

“Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan taik!

IKLAN

“Cheta dan suami tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!,” katanya lagi.

Ekoran kegagalan Che Ta dan suaminya untuk menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat susulan hal yang berlaku dab mungkin turut disertai mangsa-mangsa lain pasangan suami isteri ini.

“Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI