Sebagai tanda menghargai jasa penghantar makanan (food rider), penyampai radio Feeya Iskandar bermurah hati memberikan ‘tip’ kepada rider yang menghantar makanan yang ditempah olehnya.

Sama-sama kongsi rezeki, Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan turut berharap niat murni yang dilakukan dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat kepada mereka yang berkerja sebagai penghantar makanan.

“Terbaiklah! Feeya Tetap Yang Dulu Tak Berubah,” – Tertera Tip RM50, Ini Cara Cik Piah Bantu Rider “Terbaiklah! Feeya Tetap Yang Dulu Tak Berubah,” – Tertera Tip RM50, Ini Cara Cik Piah Bantu Rider

“Bila kita dahulukan yg lebih penting pasti ada rezeki buat kita, paham keadaan rider yg terlalu ramai tapi order kurang kadang2 nk tunggu job masuk lagi kan.

“Jangan risau korang amek order cikpiah in sha allah ada lah EXTRA korang dpt. Yang penting teruskan bekerja dgn ikhlas dan sabar okey kita jaga kita. Rakyat tlg rakyat,” tulisnya.

Menerusi posting di Instagram, Feeya turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama seorang rider selain tip yang diberikan, iaitu sebanyak RM50.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik usaha yang dilakukan.

Malah ada rakan yang menyifatkan Feeya memang seorang yang pemurah. Antara reaksi yang diberikan;

“Wah bagusnya.”

“Semoga terus diberkati Kak Pia.”

IKLAN

“Betul, rider terlalu ramai. Alhamdulillah ada juga untuk kami.”

“Terbaiklah #rakyatjagarakyat.”

“Thank you kak kerana memahami.”

IKLAN

“Feeya tetap yang dulu tak berubah.”

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Terbaiklah! Feeya Tetap Yang Dulu Tak Berubah,” – Tertera Tip RM50, Ini Cara Cik Piah Bantu Rider

Foto: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI