Melalui Program Infaq Jumaat, Pertubuhan Kasih Neelofa kali ini telah mengadakan agihan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU) di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.

Penerima merupakan OKU yang berdaftar dan merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI) yang kesemuanya merupakan penduduk PPR Desa Rejang.

Bantuan makanan asas tersebut merupakan sumbangan daripada Hospital KPJ dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang merupakan simbolik kebersamaan pihak Hospital KPJ kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik.

Haris bin Ismail selaku duta Pertubuhan Kasih Neelofa, ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil PERJATI turut menzahirkan reaksi mengenai projek yang dijalankan.

IKLAN

Program Infaq Jumaat, PU Riz Menyantuni 166 Keluarga OKU Program Infaq Jumaat, PU Riz Menyantuni 166 Keluarga OKU Program Infaq Jumaat, PU Riz Menyantuni 166 Keluarga OKU

“OKU di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa. Mereka tidak menumpukan kepada status OKU mereka tetapi berusaha untuk mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran.

“Namun begitu mereka tetap terkesan dengan pandemik ini,” katanya.

IKLAN

Dalam program agihan ini juga, wakil dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dijemput untuk hadir bagi memberi penerangan dan berkongsi maklumat berkenaan fungsi PERKESO dalam membantu golongan OKU yang hilang dan memerlukan pekerjaan bagi mengetahui laluan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Sementara itu, pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Neelofa turut sama merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dengan dalam membantu golongan yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti keperluan asas dan menyediakan peluang pekerjaan.

IKLAN

“Saya berharap kerjasama bersama Hospital KPJ dan PERKESO ini dapat memberi manfaat dalam tempoh jangka panjang yang lebih besar kepada orang ramai,” katanya.

Program Infaq Jumaat, PU Riz Menyantuni 166 Keluarga OKU Program Infaq Jumaat, PU Riz Menyantuni 166 Keluarga OKU

Program Infaq Jumaat, PU Riz Menyantuni 166 Keluarga OKUPertubuhan Kasih Neelofa juga menjalankan agihan daging Qurban sumbangan Yayasan Pelajaran Mara di PPR Lembah Subang 2 serta lokasi lain di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI