Ads

“Terasa Hati, Tersinggung…,” – Pernah Dilabel Tak Cantik & Berimej Kampung, Ayu Damit Hampir Tewas Dengan Kemurungan

Penyanyi Ayu Damit akhirnya membuka kisah perit yang lama terpendam apabila mendedahkan bagaimana anggapan negatif dan kecaman terhadap rupa paras pernah memberi kesan besar sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.

Pelantun lagu Hanya Di Mercu itu mengakui, sepanjang 18 tahun berada dalam industri seni, dia kerap dilabel berimej kampung, tidak cantik dan tidak sesuai menjadi penyanyi.

Lebih menyedihkan, ada juga yang secara terbuka mengatakan dirinya tidak mempunyai masa depan dalam industri hiburan hanya kerana tidak menepati standard kecantikan tertentu.

“Saya pernah sangat kecewa, terasa hati dan tersinggung. Bila orang kata wajah saya kampung, tak cantik, tak sesuai jadi penyanyi.

“Lama kelamaan ia masuk ke dalam kepala. Dari situ saya mula alami kemurungan,” luah Ayu jujur.

Tambahnya lagi, kritikan tersebut bukan sekadar komen biasa, sebaliknya datang bertalu-talu sehingga membuatkan dirinya mempersoalkan nilai diri sendiri.

Kritikan Penampilan Jadi Tekanan

Malah apabila dia cuba memperbaiki penampilan dengan mengenakan pakaian yang lebih kemas dan cantik setiap kali membuat persembahan, masih ada pihak yang mempertikaikan usahanya itu.

“Bila saya cuba tampil lebih cantik, orang kata saya berlebihan. Bila saya jaga penampilan, masih ada yang tak puas hati. Apa sahaja yang saya buat, tetap salah,” katanya.

Ayu turut berdepan tuduhan melampau dengan mengaitkan penampilannya dengan didikan suami.

“Ada yang sampai sanggup cakap suami saya tak pandai didik isteri. Ada yang hina cara saya bertudung, kata ketat macam pakai pembalut nangka.

“Kata-kata macam tu bukan saja hina saya, tapi juga seolah-olah menghina keluarga saya. Saya agak sensitif apabila soal keluarga di sentuh.

Ads

“Saya manusia biasa. Saya ada perasaan. Saya boleh kuat di luar, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa peritnya saya simpan semua itu.

“Saya belajar untuk berdamai dengan diri sendiri. Saya sedar, nilai seorang wanita bukan terletak pada cantik di mata manusia, tapi pada kekuatan hati dan keikhlasan kita,” ujarnya lagi.

Selepas melalui fasa sukar dalam hidup sehingga berdepan kemurungan akibat tekanan dan kecaman, Ayu Damit mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang figura yang kini dikenali sebagai Dr Healing, iaitu Dr Hisham Dzakiria.

Pertemuan tersebut menjadi titik mula buat Ayu untuk kembali menenangkan diri, menyusun emosi serta melihat semula perjalanan hidupnya dengan lebih jernih.

“Terasa Hati, Tersinggung…,” – Pernah Dilabel Tak Cantik & Berimej Kampung, Ayu Damit Hampir Tewas Dengan Kemurungan “Terasa Hati, Tersinggung…,” – Pernah Dilabel Tak Cantik & Berimej Kampung, Ayu Damit Hampir Tewas Dengan Kemurungan “Terasa Hati, Tersinggung…,” – Pernah Dilabel Tak Cantik & Berimej Kampung, Ayu Damit Hampir Tewas Dengan Kemurungan “Terasa Hati, Tersinggung…,” – Pernah Dilabel Tak Cantik & Berimej Kampung, Ayu Damit Hampir Tewas Dengan Kemurungan

Kepentingan Kesihatan Mental

Dalam memberi panduan dan sokongan kepada individu yang berdepan tekanan emosi, Dr Hisham menegaskan bahawa ujian hidup tidak memilih status atau gelaran.

Ads

Menurutnya, cara seseorang mengawal reaksi dan emosi jauh lebih penting dalam menentukan kekuatan diri ketika berdepan fasa sukar.

“Dalam konteks situasi Ayu, kita harus tahu bahawa nama, status atau gelaran bukan sebab utama ujian datang. Setiap manusia akan melalui fasa jatuh dan bangkit dalam hidup.

“Saya selalu ingatkan kepada Ayu, apa yang penting, kita belajar untuk mengawal reaksi dan emosi.

“Jangan beri ruang kepada suara-suara negatif, kerana apabila kita terlalu melayan, kita akan hilang fokus, hilang arah, dan akhirnya hilang diri sendiri.

“Apa yang berlaku dalam hidup ini bukan kebetulan. Ini adalah takdir. Kita wajib terima, setiap takdir itu adalah ketentuan Allah yang terbaik, walaupun kita belum nampak hikmahnya sekarang,” katanya.

Ayu dan Dr Hisham berkata demikian pada acara Grand Opening Healing Centre Dr. Hisham Dzakiria di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Ads

Seiring dengan perkembangan semasa, tekanan emosi bukan lagi isu terpencil.

Peningkatan kes kemurungan, kebimbangan melampau, konflik hubungan, keletihan emosi serta masalah tingkah laku mencerminkan satu hakikat penting bahawa kesihatan emosi dan minda memerlukan perhatian yang sama serius seperti kesihatan fizikal.

Atas keperluan inilah, Healing Centre Dr Hisham Dzakiria – Pusat Terapi Emosi ditubuhkan sebagai sebuah pusat intervensi yang praktikal, berstruktur dan berorientasikan penyelesaian, khusus untuk membantu individu mencapai kestabilan emosi dan transformasi minda secara berkesan.

“Kami membuka Healing Centre dengan misi untuk menjadikan khidmat kesihatan mental lebih mudah diakses oleh masyarakat.

“Ini kerana terlalu ramai yang bergelut dalam senyap dengan kemurungan, stres, fobia dan masalah hubungan.

“Akan tetapi, ramai juga yang segan atau malu mendapatkan rawatan berkaitan mental kerana stigma masyarakat yang negatif.

“Sebenarnya meminta bantuan untuk kesihatan mental bukanlah tanda kelemahan, tetapi langkah berani ke arah kehidupan yang lebih baik. Insya-Allah, kewujudan Healing Centre ini mampu menghapuskan stigma tersebut,” katanya.

Healing Centre Dr Hisham Dzakiria merupakan subsidiari di bawah syarikat Ecotwin Step Training & Consultancy Sdn Bhd yang mengendalikan seminar pengurusan kesihatan mental dan perkembangan diri.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“It’s Been A Year Tapi…,” – Scha Alyahya Sukar Buang Kebiasaan,...

Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi luahan perasaan menerusi aplikasi Threads, menyatakan kerinduan terhadap Allahyarham ibunya, Junainah Hashim. Meski pun menulis status ringkas, namun ia...
error: Hello. Cannot.