“Tengok Mulut Dah Kenal,” – Busana Pengantin Ilham Rizman Ruzaini Bakal Disarung Elfira Di Majlis Raja Sehari?

Share

Wah…sejam lalu, pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ada memuat naik sekeping foto busana perkahwinan rona putih sarat perincian khusus buat pelanggan istimewanya.

Lalu, gambar yang dirakam dari paras dagu hingga dada itu menjadi teki-teki peminat yang rata-ratanya seperti sedia tahu si empunya badan Elfira Loy yang menggayakan busana perkahwinan itu.

“#bridesbyRR #rizmanruzaini coming soon,” tulisnya ringkas menerusi Instagram.

Lalu, ada peminat yang menyatakan dia sudah tahu siapa yang pakai persalinan tersebut apabila melihat bahagian dagu dan mulut wanita berkenaan.

Apapun, andai benar seperti diteka netizen, memang tak sabar nak tengok bintang itu mengenakan gaun paling lawa bersempena dengan majlis kahwinnya, tidak lama lagi!

Foto: Instagram Rizman Ruzaini / Elfira Loy

 

IKLAN