Setelah 23 hari menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID 19, penyanyi Aizat Amdan dan Bunga turun padang untuk menyumbangkan 300 helai kemeja-T Ed Sheeran kepada kakitangan ‘frontliners’ Hospital Kuala Lumpur, pada Khamis
Difahamkan, aktiviti khidmat masyrakat ini telah diajurkan bersama oleh syarikat Warner Music Malaysia.
Kongsi Aizat, sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda membalas jasa ‘frontliners’ yang telah banyak berkorban demi negara.
Ads
“Here for a csr with @warnermusicmy we’re distributing tshirts for frontliners as they have to dispose what they wear everytime they go in & out the hospital. This place brings so many memories….,” kongsi Aizat menerusi InstaStories miliknya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Aizat telah melancarkan sebuah lagu single terbaru berduet bersama Bunga berjudul Dup Dup.
Ads
Foto: Instagram Aizat Amdan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Ramlah Rah ada memberikan dedikasi serta doa buat sahabat seninya yang telah pergi, Datuk Nassier Wahab.
Menerusi perkongsiaanya yang dibuat pada Ahad, bintang yang kini muncul dengan single terbaru, Masar Cinta turut berkongsi cerita saat berpadu suara dengan Allahyarham.
“Al-Fatihah buat sahabatku.. @datonassierwahab Hari ini 18hb April merupakan hari ulangtahun arwah. Gambar ini diambil pd bln April thn lps semasa majlis ulang tahun di rumah arwah.
“Patutlah semasa sy menyanyikan lagu #susahsenangkitabersama terasa satu perasaan yg lain dan berbeza drp biasa, sayu dan sebak.
“Rupa2nya itulah kali terakhir kita menyanyi bersama lagu tu.Terasa mcm arwah masih ada lagi,” tulisnya.
Ramlah pada masa sana turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.
“Rinduu kt nassier. Semuga tenang dan damai disana sahabatku.Marilah kita sama2 sedekahkn Al-fatihah buat arwah.
“Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah,” titipnya lagi.
Memetik laporan Harian Metro, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz disahkan positif wabak Covid-19 selepas mengalami gejala demam panas sejak tiga hari lalu.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” jelasnya seperti yang dipetik.
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!