Tema Unicorn Buat Si Puteri, Fasha Sandha Rai Bday Jemyma Yang Ke-5. Jejai Turut Hadir

Share

Pelakon popular, Fasha Sandha telah meraikan majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Putri Raysha Jemyma yang ke-5, semalam.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan di pusat membeli-belah terkenal, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Bertemakan unicorn, kanak-kanak perempuan comel itu dilihat cukup gembira apabila mendapat hadiah daripada tetamu yang hadir.

Malah, bekas suami Fasha iaitu Jejai yang juga bapa kepada Jemyma turut sama hadir meraikan majlis berkenaan.

Turut sama meraikan si cilik itu termasuklah rakan-rakan selebriti seperti Ozlynn, Sajat dan ramai lagi.

Sementara itu, Fasha menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Aktres tersebut kini bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz dan keduanya diijabkabulkan pada 30 Mac lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz & Selebriti Terlibat

IKLAN