Wah, nampaknya pelawak Tauke (Jambu) bakal menamatkan zaman dudanya pada Disember depan dengan pilihan hati, Nadia Mohd Affendi.

Tauke Jambu Tamat Zaman Duda Disember Ini

Pemilik nama Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 40, berkata majlis pernikahan akan diadakan dalam keadaaan tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

“Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambassador Hall, Putrajaya.

 

“Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja,” ujarnya kepada sebuah portal online.

Menurut pelawak ini, persiapan perkahwinan mereka sudah 80 peratus siap. Dia juga ada menerima beberapa tajaan termasuk lokasi majlis resepsi dan perancang perkahwinan Afeer Kuala Lumpur.

Ads

Tambah Tauke, melalui fasa pertunangan merupakan tempoh yang penuh mencabar. Mereka juga pernah mengalami kontroversi khabar angin putus tunang.

“Saya terlalu sibuk dalam tempoh itu dan tidak boleh fokus tentang perkahwinan. Sekarang masa yang sesuai untuk saya fikir tentang kahwin dan majlis. Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita.

Selain itu, Tauke juga berkata sepanjang pertunangan, mereka turut  melalui fasa pasang-surut dalam hubungan, tetapi dia bersyukur tunangnya seorang yang penyabar dan sentiasa berada di sisi jika dia berhadapan dengan masalah.

Ads

bertahun tahun kau di uji…kaulah gadis paling tabah pernah aku jmpa ??? @nadiayaya6

A post shared by abg toq real ??? (@taukejambu) on

Ads

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan selama dua tahun, pada 5 Disember 2015.

Sebelum ini, Tauke pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan enam cahaya mata.

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI