Berita

Tasha Manshahar Galak Muslimah Sertai Majlis Ilmu, Jangan Risau Jika Tiada Teman – “Insya-Allah Nanti Ada Ramai Orang Baik…”

Share

Penyanyi yang kini bergelar pendidik, Tasha Manshahar mencuri perhatian warganet selepas berkongsi pandangannya menerusi satu hantaran di Threads mengenai kepentingan menghadiri kelas tadabbur Al-Quran.

Perkongsiannya khusus buat yang ingin atau sedang berusaha berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Menerusi perkongsian tersebut, Tasha menggalakkan golongan Muslimah agar tidak ragu-ragu menghadiri majlis ilmu.

Ini kerana pada pandangannya, majlis ilmu sedemikianlah seseorang akan mula memahami bahawa tiada perkara yang lebih utama selain mencari redaNya.

Tiada Yang Lebih Penting Selain RedhaNya

“Saya sangat mengesyorkan Muslimat yang takut tidak istiqomah atau tidak berani nak mula hijrah (tak kisahlah sekecil apa pun hijrah yang anda sedang usahakan), sertailah mana-mana majlis ilmu terutama kelas tadabbur Al-Quran.

“Insya-Allah anda akan nampak tiada apa yang lebih penting melainkan redha Allah.

“Maha baiknya Allah sentiasa ada untuk kita tapi kita je yang selalu ragu,” tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, Tasha turut menjelaskan suasana di majlis ilmu mampu membangkitkan semangat seseorang untuk terus menimba ilmu agama.

“Dari situ anda akan semangat belajar lagi. Baru sedar betapa banyaknya yang kita tidak tahu,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/kita-patut-bagi-peluang-untuk-dia-dapatkan-bantuan-meski-ambil-masa-lama-tasha-manshahar-syukur-anak-kini-dah-boleh-bertutur/

Jangan Risau Andai Tiada Peneman

“Jangan risau kalau tiada kawan nak pergi sekali, jangan takut nanti tiada geng.

“Insya-Allah dekat kelas atau majlis itu nanti ada ramai orang baik yang sama-sama nak dekat dengan Allah. Seronok!,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan dikongsikan.

Malah ada yang meluahkan hasrat untuk sama-sama menyatakan hasrat untuk mula menyertai kelas ilmu kerohanian.

“Bila nak buat majlis usrah lagi… nak join sangat. Haritu tak berkesempatan.

“Kak Tasha kongsilah akak masuk kelas taddabur yang mana.

“Betul. Lama sangat dah tak bergelumang dengan kitab dan ilmu agama.

“Saya baru mula dengar di Youtube, kita rasa nak tahu lebih lagi. Lagi-lagi maksud surah yang kita baca setiap hari.

“Saya akan buat! Terima kasih atas nasihat dan cadangan.

Setakat ini, perkongsian yang dikongsikan Tasha menerusi aplikasi Threads sudah pun menerima hampir 4,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza