Elizabeth Tan yang kini popular menerusi lagu Semua Sudah mengakui dia sudah pun memasang angan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020.
Bagaimanapun, impian tersebut hanya akan tercapai sekiranya dia mempunyai calon lelaki yang boleh dijadikan suami.
Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini memberitahu perkara berkenaan kepada MH sejurus selesai menjalani rakaman The Stage Media Hiburan di Shah Alam, menerusi lagu Polis Entry.
Katanya, tarikh tersebut dianggap cukup ‘cantik’ bagi dirinya, apatah lagi ia merupakan tarikh yang hanya datang sekali dalam hidup.
IKLAN
“Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.
“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada pada fasa sekarang dia sudah pun mempunyai calon kekasih, pelakon filem seram, Misteri Delaila di samping Zul Ariffin ini mengakui sehingga kini dia masih solo.
“Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai saya terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman di media sosial,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Lizzy yang kini turut aktif dalam dunia lakonan bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 di samping Zizan Razak, Maya Karin, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru pelakon Kilafairy telah memuat naik sekeping gambar ketika dia menghadiri sebuah majlis makan malam di Singapura menerusi akaun Instagram miliknya.
Kilafairy yang mengenakan dress hitam pada majlis tersebut ternyata telah memukau perhatian netizen kerana kelihatan sangat elegen dan menawan.
“Donning this elegant dress from @shanellharun for @tartecosmeticsintimate dinner” tulisnya.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Lantas pelakon Ika Nabella telah bertanya kepada Kilafairy diruangan komen pada gambar tersebut.
“Pinggang ke leher tu?” tulisnya dengan berseloroh.
Rata-rata netizen terhibur apabila melihat komen yang diberikan oleh Ika Nabella kerana merasakan ianya sangat kelakar. Malah netizen juga turut memuji kecantikan dan kejelitaan Kilafairy.
Alahai, memang kecil sungguh saiz pinggang Kilafairy dan ternyata Kilafairy kelihatan sangat menawan dan jelita.
Foto : Instagram Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota kumpulan K-Clique, Fareed selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Siti Hawa Hamdan, 30, dalam majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada pagi Isnin.
Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi Sabhi Sadhi yang juga abang kepada Fareed, 28.
Dengan sekali lafaz, Fareed selamat bergelar suami kepada Hawa iaitu kakak kepada rakannya sendiri, MK dari kumpulan K-Clique.
“Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini.
“Saya juga melihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernihakah,” kata Sabhi.
Pada majlis tersebut Fareed menyerah mas kahwin berbentuk seutas gelas emas denganlima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh MK sebagai wali dan majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi meraikan kedua-dua mempelai dirancang akan diadakan pada Disember nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Membaca dan mendalami kepayahan hidup yang dialami masyarat sekeliling nyata menjentik hati pelakon, Putra Amaris untuk berkongsi rezeki bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.
Bagi Amaris, dia percaya setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT itu bukan hanya usaha diri sendiri, sebaliknya adalah berkat orang ramai yang banyak memberi sokongan dalam perniagaan serta kerjaya seni.
Justeru mengambil iktibar dari banyak kisah masyarakat, sejak tahun 2020 Amaris mula menggerakkan program ‘Share Rezeki’ yang juga secara tidak langsung menjadi ibadah infaq sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan.
“Kita banyak mendengar kisah orang hidup susah menerusi laporan media atau yang tular di media sosial. Dari situ saya mula terfikir untuk lakukan sesuatu agar rezeki yang dimiliki ini juga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
“Sekurang-kurangnya sedikit pemberian ini juga dapat memberi senyuman buat mereka yang memerlukan. Bahkan mereka juga sama-sama dapat merasa nikmat Ramadan seperti kita yang berkemampuan.
“Tahun ini saya teruskan lagi program Share Rezeki yang pernah dilakukan empat tahun dahulu,” katanya. Ketika ditemui pada majlis pelancaran Share Rezeki 2024: Amaris x Tyzoxander, di Shah Alam, baru-baru ini.
Turut sama hadir bagi menyokong usaha murni ini termasuk penyanyi Mas Idayu dan Datuk Fizz Fairuz.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Amaris bersama pasukan pengurusan, Rarekynd Malaysia sudah mula mengenal pasti golongan yang memerlukan termasuk rumah-rumah kebajikan sebagai penerima sumbangan.
Malah dia juga turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama untuk sama-sama berkongsi menghulurkan bantuan bagi menggerakkan misi ini.
Bukan itu sahaja, dia turut mengajak rakan-rakan artis yang mahu melakukan amal kebajikan.
“Menariknya tahun ini saya turut mendapat kerjasama beberapa syarikat bumiputera. Bukan itu sahaja, saya juga membuka peluang kepada rakan artis sekiranya mereka mahu melakukan kebajikan sempena Ramadan.
“Saya percaya ramai golongan yang berkemampuan mahu menghulurkan bantuan namun tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor kekangan. Jadi program Share Rezeki ini boleh menjadi orang tengah untuk mereka,” jelasnya.
Program yang digerakkan oleh Rarekynd Malaysia ini, turut mendapat kerjasama pihak lain termasuk adalah Minyak Bidara Paklong Man (penaja utama), Adabi, Hardamawt dan Westplate Factory.
Tambah Amaris, kejayaan sebelum ini juga telah mendorong dia untuk menjadikan program sebegini sebagai acara tahunan atau mungkin boleh dilaksanakan sepanjang tahun.
Istimewa juga dalam program tahun ini Amaris turut bekerjasama dengan penyampai radio, Tyzo Xander menerusi Pertubuhan Kasih TYZO.
“Siapa tahu program ini akan dijalan sepanjang tahun dan tidak hanya tertumpu kepada bulan Ramadan sahaja.
“Rezeki dapat bekerjasama dengan Tyzo. Memang hasrat dalam hati nak bekerjasama dan dengan izin Allah ia dipermudahkan. Kami berhubung dan dia juga mahu melakukan program sama.
“Bermula daripada sekadar borak kosong, kemudian pertemua di kedai kopi akhirnya kami setuju untuk sama-sama menggerakkan progam ini,” ujarnya lagi.
Berkongsi lanjut, menurut Amaris setiap perancangan yang dilakukan pasti akan ada cabaran.
Dalam masa sama dia juga berdepan dugaan terbesar kehilangan ibu tercinta iaitu Allahyarham Hajah Hasnah Sahli yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.
“Cabaran datang bersilih ganti. Saya juga baru kehilangan ibu baru-baru ini. Bagaimanapun saya tidak mahu kesedihan yang dilalui menjadi penghalang untuk melaksanakan program ini.
“Semoga dengan rezeki yang dikongsi ini juga dapat memberi pahala buat arwah ibu dan ayah. Doa-doa mereka ini semua akan menjadi bekalan buat kita semua juga,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui terharu apabila mendedahkan ada peminat cilik seawal usia lapan tahun turut meminati barisan lagu popularnya.
Lebih 33 tahun berada di...