Lagu Setanggi Syurga yang pernah dinyanyikan kumpulan nasyid, InTeam lebih 16 tahun lalu kini dirakamkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.
Versi baru single yang pernah dimuatkan menerusi album kumpulan berkenaan, In-Team ‘04 itu turut menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar.
Kini disebut sebagai Setanggi Syurga 2020, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April lalu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya, iaitu kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.
“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.
“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.
“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.
Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.
”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.
“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.
Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.
“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.
“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.
Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.
“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.
”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya.
“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.
Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.
”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.
“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.
Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh
Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.
Sementara itu, Khai pula menambah, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.
“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.
“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.
Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.
“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang.
“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” akui Khai.
Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.
“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.
“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada Selasa.
https://youtu.be/yomFDefkxE0
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, pelakon Tasha Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik bertajuk ‘Seksa Berpantang Demi Siapa?’ bersama penonton.
Berkongsi cerita secara virtual, Tasha atau nama lengkapnya Natasha Sheila Abdul Razak antara lain turut berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang setelah selamat bergelar ibu pada 24 April lalu.
Menurut Tasha, dia sering alami situasi perasaan dan emosi mudah sensitif terhadap kebanyakan perkara di sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang.
“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
‘Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,” katanya.
Malah, aktres berusia 34 tahun ini juga mengakui berasa sangat gembira dan seronok di sepanjang fasa kehamilan sehingga detik bergelar ibu.
“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.
“Saya bersyukur sebab suami saya banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah semuanya seronok,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 28 Februari, tahun lalu.
Selepas itu, Tasha selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Raees Zander, pada 24 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta.
https://www.youtube.com/watch?v=PgghqNgDc-Q
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Sukar untuk kikis watak Juita dalam diri,” itu kata awal dari Azar Azmi yang diberi kepercayaan untuk membawakan watak Juita menerusi drama Nur 2 yang bakal tamat penggambarannya tidak lama lagi.
Lalu, MH sempat menemu bual pelakon berusia 28 tahun ini dalam berkongsi pengalaman melakokan watak sensasi itu.
Baginya, ia satu pengalaman baru buat setelah 10 tahun berada di industri lakonan.
“Confirm-confirm memang kena kecam sebab ada yang scene yang mungkin boleh menimbulkan reaksi yang pelbagai.
“Kalau benda itu berjaya alhamdulilah, kalau benda tu tak berjaya pun kena kecam…okey pun kena kecam, tak okey pun kena kecam. Jadi saya hanya cuba bawa watak tersebut sebaiknya.
“Dah bersedia dengan apa benda sekalipun sebab Azar sendiri pun jenis yang macam tak kisah.
“Kalau orang nak kecam pun maksudnya Azar berjaya bawa sesuatu benda tu”katanya jujur.
Pada masa sama, Azar menjelaskan, atas tuntutan watak, dia turut mengenakan pakaian yang agak seksi.
Bagaimanapun, pelakon asal Negeri Sembilan ini Azar mempunyai jawapan sendiri andai selepas ini dia dikritik kerana karektor yang dibawa.
“Pada Azar benda tu tak ada mendatangkan apa apa pun sebab kita akan berpakaian mengikut karakter yang kita bawa.
“So kalau dah watak pelacur, so kita kena bawak benda tu sebagai baju tu sebagai pelacur, tak akan nak kita nak pakai jubah, benda tu tak sesuai. Betul tak? Rasanya peminat pun tahu untuk menilai,” terang Azar lagi yang turut mendedahkan dia menjalani uji bakat bagi mendapatkan watak berkenaan.
“Dia orang suruh buat, satu scene 12 page iaitu buat sekali jalan iaitu babak bergaduh bergaduh dengan Ustaz Adam,” jelasnya.
Untuk rekod, Azar Azmi merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 sezaman Neelofa, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Fasha Sandha berkongsi perkembangan terkini rakan selebriti Nad Zainal yang kini sarat hamil anak ketiga.
Difahamkan, mereka antara barisan artis yang berniaga di sebuah acara di Singapura.
Video berkenaan dimuat naik Fasha di Instagram, pada Khamis yang antara lain turut merakamkan pelakon drama Serpihan Sayang itu sedang melayani pelanggan sambil ditemani suami, Aidil Aziz.
Dalam perkongsian sama, Fasha sempat meluahkan rasa teruja kerana dapat berniaga bersebelahan dengan booth Nad Zainal.
“Ehh berjiran dengan Kirana (Nad) Ada ke yang rindu Kirana and Miralove?,” tulisnya.
Lebih menarik perhatian, Fasha juga sempat mengusap perut atau ‘baby bump’ Nad sebagai tanda untuk mengambil berkat.
“Ambil berkat katanya,” titip Fasha ringkas sambil Nad yang kelihatan tersipu-sipu.
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat dua figura popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...