
Sepotong video pendek yang merakamkan figura selebriti popular, Noor Neelofa yang dilihat menemani suaminya, Haris Ismail atau PU Riz di sebuah gelanggang futsal ‘memancing’ perhatian warga maya.
Menjadi buah mulut sejurus ia dikongsikan seorang pengguna TikTok, keberadaan ibu kepada Muhammad Bilal itu di kawasan berkenaan membuatkan ramai teruja.
Malah, penampilannya yang mengenakan persalinan kemeja-T merah, bertudung sarung selain berseluar sukan dilihat berbeza dengan penampilannya yang sering dikongsi di media sosial.
Sementara itu di dalam sebuag video berasingan, bekas hos program MeleTOP itu dilihat duduk bersama beberapa wanita lain sambil memberikan sokongan kepada pasangan masing-masing.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.
Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Tak Jangka Langsung…,” – Penantian 15 Tahun, Remy Ishak Akhirnya Terima Trofi Pelakon Pembantu Lelaki

Pelakon popular, Remy Ishak, 39, menyifatkan penantiannya selama 15 tahun berakhir apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), malam tadi.
Menurut Remy, dia sebelum ini pernah tercalon dalam anugerah FFM sebanyak tiga kali, namun rezeki tidak berpihak padanya ketika itu
“Syukur alhamdulillah. Memang rezeki saya (menang) tahun ini. Jujurnya, bukan senang untuk terima penghargaan ini.
“Tahun ini merupakan pencalonan keempat saya dan akhirnya saya berjaya bawa pulang juga trofi berprestij ini. Tetapi saya tidak nafikan calon lain juga tidak kurang hebatnya,” kata Remy.
Tambahnya lagi, trofi yang diterima menerusi filem Sangkar menjadi suatu kenangan yang istimewa secara peribadi.
FFM31 disiarkan secara langsung di TV2 dan YouTube Finas Malaysia dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dalam konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Memang saya tak jangka langsung dan sampai sekarang ini pun masih menggeletar. Anugerah ini bagi saya sangat istimewa. Memang saya menantikannya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Remy pernah tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2 dan kemudiannya tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM24 menerusi filem Nur Kasih The Movie.
Kali terakhir Remy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM30 menerusi filem Pulang.
Malam kemuncak FFM31 anjuran FINAS dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) turut dihadiri dengan kehadiran YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sebanyak 28 anugerah telah disampaikan malam tadi dan penerima Filem Terbaik FFM31 pada kali ini menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 berserta trofi.
Berikut ialah senarai penuh penerima Anugerah FFM31;
1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong ( Fly By Night)
2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)
3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)
5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)
6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)
7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)
8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)
9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)
10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab
11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)
14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie
15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)
17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)
18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)
19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)
20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
22. Anugerah Khas Juri 1 – filem Suatu Ketika
23. Anugerah Khas Juri 2 – filem Geran
24. Anugerah Khas Juri 3 – filem Headhunter
25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)
26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)
27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)
28. Filem Terbaik – Roh
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang Kita Bercakap Pasal Sajat Lelaki Menyerupai Wanita Yang Tentunya Dilaknati Allah,” – Riezman Khuziami

Masih berkait isu usahawan sensasi, Sajat yang mengenakan telekung sewaktu di Tanah Suci Mekah, golongan selebriti juga tidak terlepas daripada memberikan reaksi berhubung isu terbabit.
Meski beberapa mufti telah memberikan kenyataan, namun tindakannya menyerupai wanita tetap mendatangkan kemarahan netizen.
Jelas Riezman Khuzaimi menerusi laman Instagram misalnya, pelakon ini menegaskan isu yang dibangkitkan bukan mengenai sah atau tidak umrah yang ditunaikan, sebaliknya mengenai tindakannya yang menyerupai wanita.
“ASSALAMUALAIKUM, Apa masalah sekarang ni? Straight Forward to isu lah!
“Faham soalan tak? Isu sekarang bukan isu Sah atau tidak! Syarat sah memang kena tahu sebagai seorang islam.
“Now kita bercakap pasal Sajat lelaki menyerupai wanita yg tentunya dilaknati Allah.
“Kenapa pusing2 isu? MasyaAllah whats wrong semua ni. Zaman Rasulullah SAW dah ada semua ni.
“Rujuk semula apa tindakan Rasulullah SAW ketika itu. Sembang benda lain apa hal.. Penat dah tengok dan dengar, Thxs,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by Tuan Riezman Khuzaimi (@riezmankhuzaimi) on
Di ruangan komen, ada netizen yang turut bersetuju dengan pendapat pelakon ini.
Sebelum ini menerusi media, mufti Kelantan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa ibadah umrah usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman boleh dianggap sah sekiranya mencukupi syarat.
Foto : Instagram Riezman Khuzaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Rezeki Ajoi Zainal Ke Final Big Stage 2022 Meski Dapat Markah Juri 76.10 Peratus, 5 Bintang Buru ‘Title’ Juara

Perjalanan lagi selangkah Ajoi Zainal untuk mara ke pentas akhir Big Stage 2022 tidak kesampaian apabila namanya diumumkan peserta yang tersingkir di konsert minggu ketujuh, malam tadi.
Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104), Ajoi menerima markah sebanyak 76.10 peratus.
Ajoi atau nama sebenarnya, Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 24, menyanyikan lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan dan pusingan battle Di Alam Fana Cinta (Fotograf).
Meski Tegar mendapat markah terendah daripada juri, namun undian peminat membantu menyelamatkan bintang asal Indonesia ini.
Ini dia jumlah markah yang diterima setiap peserta;
1. Daniel Chuer – 93.00%
2. Aisha Retno – 87.80%
3. Yazmin Aziz – 79.30%
4. Elica Paujin – 77.40%
5. Ajoi – 76.10%
6.Tegar Septian – 65.10%
Secara automatik, lima peserta yang layak ke pentas akhir pada 27 Mac depan ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar.
Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI