Selebriti popular, Janna Nick tampil menegur tindakan segelintir blogger yang didakwa menggunakan tajuk ‘panas’ membabitkan fizikal dirinya demi menarik perhatian.
Memohon mereka untuk mendapatkan sumber sahih selain tidak memanipulasi fikiran pembaca yang lebih gemar membaca tajuk semata-mata, Janna turut menjelaskan situasi sebenar yang belaku ketika keberadaannya pada acara promosi tayangan filem baru-baru ini.
“Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah ‘blogger’. Kalau ye pun headline nak kejar clickbait. Make sure la sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca. Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pulak sejenis baca tajuk je.
“Video yang viral tu, video dari pembaca yang hadir ke acara tersebut. Peminat tu seorang perempuan dan dia bawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya.
Ads
“Bukan tayang bontot. Dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” luahnya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Cari Aku Di Syurga itu menerusi Insta Stories, hari ni.
Ads
Terdahulu, video yang dimuat naik pengguna TikTok itu memperlihatkan bentuk badan Janna yang sedang duduk menerima komen-komen berunsur tidak baik segelintir netizen.
Ads
“Habis tu nak kena buat apa ni? Kesian jadi perempuan, semua benda nak dijadikan ‘seggs symbol’. Kalau dah kambing pun kena r*gol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah menutup salun miliknya, pendandan rambut selebriti, Chez Hamdan tidak menyangka pertemuan usahawan dan bekas penyanyi, Erna Elliyana Rosli kembali membakar semangat untuknya bagi meneruskan kecintaannya yang terbantut susulan pandemik COVID-19.
Lalu, wujudlah perkongsian pintar atau ‘smart partnership’ di antara dua usahawan bumiputera berkenaan menerusi kehadiran salun pelbagai tarikan yang dikenali sebagai ChezKamya Professional berlokasi di Sentul Point, Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
Salun berkenaan mula beroperasi secara rasmi pada 20 Ogos lalu.
Chez, 36, atau nama penuhnya, Halimi Hamdan mempunyai pengalamannya lebih 10 tahun di dalam industri kecantikan rambut.
Manakala Erna, 34, pula pernah menceburkan diri dalam dunia seni era 1990-an yang semakin dikenali dengan kepelbagaian produk makanan tambahan untuk kecantikan, Kamya Glow.
“Saya bersyukur pertemuan dengan Erna membuahkan semangat baharu untuk saya kembali membuka salun kecantikan. Ini bukan projek jangka pendek, tapi kerjasama selama-lamanya. Insya-Allah.
“Baik saya dan Erna juga akan menjual produk kami masing-masing. Bahkan disediakan pusat pembelajaran kepada yang berminat untuk belajar membuat rawatan kecantikan rambut.
“Di salun ini, kami menawarkan perkhidmatan yang profesional dengan hasil yang cantik dan kacak. Kami juga menawarkan tempat yang eksklusif supaya pelanggan akan berasa gembira apabila berkunjung ke salun kami,” kata Chez.
Salun ini menyediakan ruang pelanggan yang dilengkapi 15 tempat duduk.
“11 di tempat awam atau terbuka. Selain dua di bahagian VIP. Manakala baki dua lagi di ruangan muslimah untuk wanita bertudung.
“Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privasi, keselesaan dan juga layanan eksklusif kerana pelanggan turut dihidangkan secangkir kopi serta makanan ringan.
“Turut disediakan ialah ruang menunggu yang selesa dan bilik solat,” katanya lagi.
Bercerita berkenaan kolaborasi terjalin, Chez berkata ia merupakan kerjasama yang bijak terutama dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua belah pihak.
“Gandingan antara Kamya dan Chez Professional ini mula terjalin apabila saya mula berkenalan dengan pengasas Kamya Glow iaitu Erna sendiri.
“Dari situlah timbulnya idea untuk bekerjasama, memandangkan kecantikan dan kesihatan rambut sebenarnya saling berkait rapat.
“ChezKamya Professional adalah satu jenama salun rambut yang melengkapi iaitu kecantikan dan rambut adalah dari Chez Professional, manakala kesihatan dan kecantikan adalah falsafah milik Kamya ,” kata Chez.
Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat dandanan rambut daripada Chez seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi.
Bukan sekadar sebuah salun rambut biasa, salun ini merupakan sebuah pusat sehenti yang turut menitikberatkan kecantikan dan kesihatan rambut baik dari segi produk mahupun perkhidmatan yang disediakan.
Menurut Erna, salun ini turut memperkenalkan 15 rangkaian produk penjagaan rambut.
“Sesuai dengan pembukaan salun ini, kami di Kamya turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Sugeheir yang merupakan vitamin dalam bentuk kunyah. Produk ini dilengkapi dengan nutrisi untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.
“Ia sekali gus selari dengan cogan kata jenama produk saya iaitu #’Cantik itu siapa? Cantik itu kamu,” kata Erna.
Dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 2000, Malaysian Idol 2004, One In A Million 2006 dan berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan.
Tambah Erna lagi, di salun itu ditawarkan pelbagai perkhidmatan yang pastinya memberi pelbagai kemudahan kepada para pelanggan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepuluh tahun menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya, Nabil Jeffri, pelakon Raysha Rizrose mendedahkan mereka pernah sekali mengalami ‘putus cinta’.
Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 26, berkata, mereka pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil,29, yang juga pelumba kereta Formula 3 berjaya memujuknya.
“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami jalani hubungan jarak jauh, masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku.
“Sebenarnya untuk fasa ini, Nabil sudah bersedia (berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya. Kalau nak diikutkan kakak saya (Uqasha) pun baru kahwin.
“Apapun, pada umur sekarang semestinya kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya kepada MH.
Raysha yang juga Juara Dewi Remaja 2015 ini membuat penampilan pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman dan Ruzaini, sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk rekaan.
Ditanya mengenai bila hatinya terdetik untuk menjalani kehidupan berumah tangga, Raysha akui perasaan itu hadir sendiri.
“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah buat saya tertekan. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.
“Kini saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba-tiba macam saya sudah 26 tahun, alhamdulillah dah capai apa yang dimahukan, kakak semua pun sudah berkahwin. Jadi inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,” katanya lagi.
Raysha bagaimanapun akui, lebih selesa untuk mengadakan majlis raja sehari yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikan momen indah bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall akui dirinya rasa terkejut selepas menerima kejutan hadiah iaitu sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23.
Akui ‘terkasima’ hingga tangan terketar-ketar, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.
“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Menurutnya lagi, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya lagi.
Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapansekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sekian lama menanti, penyanyi Wani Kayrie akhirnya mencipta momen peribadi di dalam kerjayanya apabila buat kali pertama berjaya mara diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40.