Filem Bisik Pada langit nampaknya santapan yang terbaik setakat ini. Bukan sekadar lakon layarnya malah persembahan lakonan para pemain watak utama dapat dibanggakan.

Menerusi satu entri di akaun Facebook milik Beto Kusyairy, dia ada menulis mengenai watak utama filem tersebut, iaitu Jalil Hamid.

Menurut Beto, sekiranya orang ramai bertanya kepadanya, siapa yang sepatutnya memainkan peranan sebagai bapa dalam  filem Bisik Pada Langit, jawapannya masih sama iaitu Jalil Hamid.

IKLAN

 “Saya masih ingat lagi apabila dia mendapat berita yang menyedihkan mengenai cucunya semasa penggambaran bersama Ummi di tepi pantai.Sememangnya dia berasa terkesan dengan pemergian cucunya itu.

 

 “Lebih menyayat hati, cucunya datang ke set penggambaraan hanya bertemu dengan atuknya. Ketika cucunya tiba Abang Jalil sedang bersiap untuk melakukan scene green screen (jatuh dari pokok kelapa). Dia sangat gembira melihat atuknya. tapi keesokan harinya, Tuhan membawanya pergi.” 

 

“Bayangkan.. bayangkan Tuhan punya kuasa. Kami terpaksa berehat untuk menghormati dan membiarkan Abang Jalil menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan meneruskan beberapa hari kemudian,” tulisnya di Facebook. 

Tentu sekali, Jalil Hamid berada di kedudukan paling teratas mencarik-carik emosi penonton. Hati sesiapa pun akan mudah tersentuh melihat penjiwaan Jalil yang terlalu dekat dengan karakter seorang ayah.

Namun, apa yang paling utama dalam naskhah arahan Kabir Bhatia ini ialah nilai kekeluargaan yang ditonjolkan, sekali gus melekat di jiwa penonton.

(TAKZIAH) Cucu Jalil Hamid Meninggal Dunia Ketika Penggambaran Bisik Pada Langit

IKLAN

Dalam pada itu juga, dia juga mengajak peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dengan menonton filem hebat lakonan Jalil Hamid ini terutamanya.

”Abg Jalil Hamid, semoga Tuhan merahmati abang. Ini adalah satu penghormatan dapat berlakon bersama dengan abang. Alhamdulillah. Dan semua, sila tonton filem ini di pawagam. Kisah dan prestasi Abang Jalil ini perlu dikongsi serta dilihat. Cuba dan pasti tidak akan menyesal,” tulis Beto lagi. 

Dalam pada itu, Beto sempat mengucapkan takziah buat cucu Jalil Hamid, Allahyarham Muhammad Thaqif. Al- Fatihah.

IKLAN

Kekuatan filem itu turut disokong oleh lakonan Beto Kusyairy, Naim Daniel, Ummi Nazeera, Fadilah Mansor dan Erwin Dawson. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI