Berita penceraian seorang pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Abu menjadi tular di media sosial dan telah mendapat perhatian ramai pihak. 

Perkara itu juga telah menjentik emosi PU Amin yang telah meluahkan rasanya di Facebook.

“Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga.

“Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga 

“Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga , saya cepat cepat peluk anak isteri saya . Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya .

“Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA . Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah . Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita .

IKLAN

“Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa . Rezeki bertambah kerana nya . Anak anak pelengkap dunia akhirat.

Dalam pada itu, Amin yang pernah bersama-sama Abu menyertai program realiti Pencetus Ummah 2015 mendoakan agar perkahwinan yang dibina setiap individu kekal hingga syurga.

“Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA . 

“Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan , pasti ada musuh , pasti ada ujian , pasti ada pasang surut ombak membadai .

IKLAN

“Tiap kali ujian hadir ucapkan kalimah kalimah yang menyeru Allah . Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan . Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah .

“Ingat kalau ada hati nak meninggalkan nya , fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya .

“Ujian kita beza beza . 

“Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangka kan .

IKLAN

“Ya Allah ! Peliharalah kami,”tulis Amin.

“Takut Bila Dengar Cerita Keretakan Rumah Tangga…,”- PU Amin Anggap Keluarga Pelengkap Ke Syurga “Takut Bila Dengar Cerita Keretakan Rumah Tangga…,”- PU Amin Anggap Keluarga Pelengkap Ke Syurga

Terdahulu, Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi telah menceraikan bekas isterinya yang dikenali sebagai Ain Afini dengan talak satu menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu. 

Malah, Ain kini hamil sarat 7 bulan sementara Abu telah bernikah dengan seorang janda, Hana Azraa.

Foto/Sumber: Facebook PU Amin, IG Ain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI