Semalam, pelakon, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak telah melancarkan muzik video terbarunya berjudul Kau Takkan Tahu.

Video yang dimuat naik pada malam Jumaat itu telah menerima hampir 200,000 jumlah tontonan dan turut mendapat lebih 13,000 tanda suka setakat ini.

Muzik video tersebut turut tersenarai dalam 30 lagu paling trending di laman Youtube tidak sampai 24 jam ia ditayangkan.

Impian peminat untuk menyaksikan kemunculan pelakon, Mira Filzah di dalam video klip ini nampaknya tidak kesampaian tetapi, kehadiran pelakon, Mimi Ernida tidak kurang juga hebatnya.

IKLAN

Video klip ini dilihat sedikit berbeza dari yang sebelumnya apabila Zizan dilihat membawa karakter yang lebih serius sebagai seorang suami dan juga pereka fesyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji hasil akhir muzik video berkenaan walaupun tiada kemunculan Mira Filzah.

IKLAN

Takpe Tunggu Kahwin Nantilah,”- Video Klip Zizan Razak, ‘Kau Takkan Tahu’ Tetap Meletop Walau Tiada Mira Filzah

Takpe Tunggu Kahwin Nantilah,”- Video Klip Zizan Razak, ‘Kau Takkan Tahu’ Tetap Meletop Walau Tiada Mira Filzah Takpe Tunggu Kahwin Nantilah,”- Video Klip Zizan Razak, ‘Kau Takkan Tahu’ Tetap Meletop Walau Tiada Mira Filzah

IKLAN

Takpe Tunggu Kahwin Nantilah,”- Video Klip Zizan Razak, ‘Kau Takkan Tahu’ Tetap Meletop Walau Tiada Mira Filzah

Bagi MH, muzik video ini telah menyerlahkan lagi sisi lain Zizan yang sebelum ini terkenal dengan karakter lawak dan tidak serius. Tahniah Zizan Razak!

Video: Youtube Rocketfuel Network

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI