Ads

‘Taknak La, Kesian Dekat Saya’ – Datuk Vida

Baru-baru ini kecoh tentang Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan, Rani Kulup hendak menyunting pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Rentetan daripada berita ini kami di MH Online segera mendapatkan Vida untuk bertanyakan kepadanya sendiri tentang perkara ini.

Apabila ditanya adakah dia mahu disunting oleh Rani Kulup dan jawapannya adalah tidak.

Ads

“Eh jangan la, kesian saya. Taknak la tolong,” jawabnya dengan suara merayu tidak mahu.

Kami sempat bertanyakan apa komen Vida tentang hal ini namun dia tidak mahu mengeluarkan apa-apa komen.

“Buat apa nak komen-komen dia ni, tak mahu la,” pintanya.

Mungkin kenyataan yang diberikan oleh Vida ini sudah cukup untuk menjawab hasrat Rani Kulup terhadapnya tempoh hari.

Ads

Terdahulu menurut sumber Sinar Harian Online, sebelum dia berhasrat untuk menyunting Vida, dia telah meluahkan hasrat untuk memperisterikan peguam, Siti Zabedah Kasim jika dia masih belum bersuami.

Ads

Namun setelah seminggu menyatakan hasratnya itu, masih tiada sebarang jawapan daripada peguam tersebut.

Apapun soal jodoh ini kita serahkanlah kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya jodoh, rezeki itu semua datang daripadaNYA.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha,...

Bersempena sambutan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment (RFE) tampil memeriahkan musim perayaan dengan memperkenalkan tujuh lagu raya baharu yang hadir dengan pelbagai warna muzik, emosi dan penceritaan.
error: Hello. Cannot.