Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia berasa sangat sedih apabila dia didakwa gila dan diminta mendapatkan rawatan kesihatan mental oleh sesetengah netizen.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, ditemui berkata, dia masih waras dan berdepan dengan masalah mental.

“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (meninggal dunia) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya?

“Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehingga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana yakin ada bakat dan sentiasa disokong peminat,” katanya kepada MH.

Aliff turut menambah, dia sanggup melaburkan duit sendiri kira-kira RM70,000 untuk single terbaharunya, Baby Sayang.

IKLAN

Dia pada masa sama menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi ‘nombor satu negara’ kerana kesemua 10 lagu pernah dihasilkannya menjadi ‘trending’ di YouTube.

“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.

“Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya, ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang ini terus ‘trending’ nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam.

IKLAN

“Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh nyanyi, tapi lagu saya tetap ‘trending’,” katanya lagi.

Terdahulu, Aliff ditemui pada sidang media untuk penjelasan isu muzik video lagu yang turut menampilkan penyanyi Baby Shima di Kota Damansara, pada Khamis.

IKLAN

Terdahulu, namanya mencuri perhatian di media sosial susulan ‘teaser’ video single berkenaan yang dimuat naik di Instagram kerana didakwa keterlaluan oleh netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI