Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus ada menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus.

Menurut Aril, sekiranya abangnya itu masih hidup, dia kini telah pun menjangkau usia 41 tahun.

Penyanyi lagu Menatap Matamu itu turut mendoakan semoga abangnya itu sentiasa dibawah lindungan Allah SWT selain turut berharap agar mereka dapat dipertemukan semula di akhirat kelak.

“Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga, Aril Pilus Titip Ucapan Hari Lahir Ke-41 Buat Arwah Abang, Izwan Pilus “Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga, Aril Pilus Titip Ucapan Hari Lahir Ke-41 Buat Arwah Abang, Izwan Pilus

“Selamat ulang tahun yang ke 41 tahun Abang Wan Kutek! Tua dah kau yeh! Aku doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.

“Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan moga Allah swt satukan semula keluarga kita di syurga Allah swt suatu hari nanti, amin. aku sentiasa doakan kau tenang,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aril turut mendedahkan dia tidak mahu terlalu bersedih kerana hari kelahiran ibu serta anak lelakinya turut jatuh pada hari yang sama.

Sementara itu, Aril turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat arwah abangnya itu.

IKLAN

“Takde cerita sedih nak cerita dengan korang semua kali ni sebab harini jugak hari lahir mak saya @hajahnormahabd dan anak saya #TunAdrielMikael.

“So today nak happy-happy je nak share gambar koleksi arwah #IzwanPilus yang ada dalam library. Ni gambar 2006, Photoshoot untuk cover album ‘Erti Kasih’.

“Hah tu je lah! Kang aku tulis panjang, menangis lak nanti so! Thanks like and comment, kite sedekah Al-Fatihah sama-sama ye. terima kasih semua.

IKLAN

“Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu selain turut mendoakan semoga arwah Izwan ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga, Aril Pilus Titip Ucapan Hari Lahir Ke-41 Buat Arwah Abang, Izwan Pilus “Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga, Aril Pilus Titip Ucapan Hari Lahir Ke-41 Buat Arwah Abang, Izwan Pilus

Terdahulu, Izwan yang popular menerusi lagu Kembali Senyum telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sumber: Instagram Aril Pilus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI