Ketika ini pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sedang menikmati percutian mereka bersama keluarga di Pulau Langkawi.

Bagaimana pun, satu kejadian yang tidak diingin telah menimpa mereka dimana jetski yang ditunggang oleh Aeril dan Wawa dilaporkan telah berlanggar dengan sebuah jetski lain.

Insiden tersebut sempat dirakam menerusi kamera aksi milik Aeril lalu dikongsikan detik cemas itu di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

“Bahaya betul bagi perempuan bawak jetski ni. Habis di langgarnya kami. Selamat team @megawatersports cepat bertindak selamatkan kami. Adoii tak tahu pahit ke manis kenangan ni,” tulisnya.

Tambah Aeril, dia berterima kasih kepada pasukan penyelamat pantai yang bertindak pantas untuk mengawal situasi cemas tersebut.

Dalam pada itu, turut jelas kedengaran adalah suara Wawa menjerit panik ketika jetski mereka itu dirempuh dari arah depan.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat video tersebut selain meminta Aeril dan Wawa untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Tak Tahulah Manis Ke Pahit  Kenangan Ni,” – Aeril Zafril & Wawa Zainal Kongsi Detik Cemas Dilanggar!

IKLAN

“Tak Tahulah Manis Ke Pahit  Kenangan Ni,” – Aeril Zafril & Wawa Zainal Kongsi Detik Cemas Dilanggar!

Bagi MH, dalam keseronokkan kita bercuti, soal keselamatan hendaklah diberi keutamaan.

Foto: Instagram Raline Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI