Bekas pelajar Akademi Fantasia 6, Ika Nabella yang kini lebih dikenali menerusi bidang lakonan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia sembilan minggu.

Menurut sebuah portal hiburan, Ika memberi tahu bahawa sewaktu dia mengalami keguguran itu dia tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil.

“Ketika itu saya tak tahu sedang hamil dan terbabit dengan penggambaran drama 30 episod, Seharum Mawar. Mungkin saya penat bekerja hingga mengalami keguguran,” katanya kepada Harian Metro.

Tak Tahu Diri Hamil, Ika Nabella Gugur

Ika berkata lagi, pada mulanya dia sangat kecewa dan berkurung sahala di dalam rumah selama dua minggu dan menganggap itu adalah tempoh berpantang untuknya.

IKLAN

Namun Ika memberitahu dia tidak mahu terus dibelenggu dengan rasa sedih dan kini dia sudah dapat menjalani hidupnya seperti biasa.

Bagi dirinya jika ada rezeki dalam masa terdekat ini dia menerima dengan hati terbuka namun jika sebaliknya dia reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuknya.

Tak Tahu Diri Hamil, Ika Nabella Gugur

IKLAN

“Kalau ada rezeki dalam masa terdekat, saya terima, tetapi jika sebaliknya kenalah reda.

 

“Mungkin Allah SWT mahu saya berbakti terhadap suami dan keluarga terlebih dahulu. Lagipun kami baru setahun berkahwin dan masih dalam fasa berbulan madu,” katanya lagi.

Tak Tahu Diri Hamil, Ika Nabella Gugur

Ika telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Muhammad Zaid Aznam hanya dengan sekali lafaz pada Julai tahun lalu.

IKLAN

Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid.

Ika telah menerima mas kahwin bernilai RM1,008 daripada Zaid manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.Pasangan ini masing-masing menyerahkan tujuh dulang hantaran.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI