Pelakon, Dynas Mokhtar terpaksa berputih mata apabila hampir kesemua wang simpananya di dalam bank hilang sekelip mata.
Menurut Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, dia menyedari tendang perkara tersebut ketika ingin membuat pembayaran gaji kepada pengurusnya.
“Saya buat video ini kerana saya tak mahu perkara ini berlaku kepada orang lain. Saya kehilangan hampir kesemua wang saya.
“Beberapa hari lalu, saya mahu membayar gaji pembantu peribadi selepas balik daripada penggambaran, ketika itu baru saya sedar hampir kesemua wang saya lesap.
“Saya ada akaun semasa serta kad debit dan saya tak pernah ada kad kredit. Saya ingatkan kad debit lebih selamat kerana tak perlu berhutang,” katanya.
Parkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Ads
Jelas Dynas lagi, hasil semakan penyata mendapati wujud beberapa transaksi melibatkan mata wang asing yang berlaku tanpa pengetahuannya.
“Bila saya periksa penyata bank, rupanya ada transaksi daripada mata wang yang pelik-pelik antaranya Hong Kong Dollar. Saya pun tak boleh nak dedahkan sangat sebab perkara ini masih dalam siasatan.
“Saya sudah pun membuat laporan polis dan ramai yang membantu saya. Doakanlah semoga saya dapat kembali duit saya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Dynas menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan menyimpan kesemua simpanan di dalam satu bank sahaja.
Ads
“Saya tak mahu orang lain lalui semua ini. Sekarang ini bukan hanya sekadar klik link tetapi dengan nombor kad bank juga perlu berhati-hati. Jangan letak duit banyak sangat dalam akaun yang punyai kad.
“Letak di tempat yang lebih selamat. Kalau orang palsukan kad anda, segalanya boleh lesap. Itulah simpanan yang anda ada.
“Jadi, berhati-hatilah. Saya pun tak tahu apa yang selamat sekarang. Kita menuju zaman tanpa tunai dan segalanya di atas talian. Tapi adakah ia selamat?,” akhirinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut selaik turut berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera.
“Kita hidup di dunia yang menakutkan. Saya doakan awak dapat kembali duit awak,” komen pelakon, Sazzy Falak.
Ads
“Ya Allah kak, saya simpati mendengarnya. Semoga dapat kembali duit kakak,” kata pelakon, Janna Nick.
“Saya faham situasi ni. Geram sangat. Saya doakan awak dapat semula duit awak dan tak berlaku kepada orang lain. Tolong tangkap siapa yang buat tu,” balas pelakon, Yasmin Hani.
“Saya harap semua selesai segera dan orang luar dapat sesuatu dari perkongsian ini. Saya simpati hal ini berlaku. Saya tahu awak sedih,” komen pengacara, Daphnei Iking.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Dynas itu telah pun mendapat lebih 100,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dynas Mokhtar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Ahmad mendedahkan dirinya baru sahaja selesai menjalani pembedahan pembuangan cyts di bahagian belakang badannya.
Menurut Azrene, pada hujung minggu lalu, dia mula merasai kesakitan dan apa yang merisaukan, perkara tersebut berlanjutan dalam tempoh dua hari.
“Bila mula ada terasa sesuatu yang tidak sepatutnya berada di badan, tiba masa untuk saya berhenti seketika dan lihat perkembangannya.
“Satu pengalaman mengerikan pada hujung minggu apabila satu benjolan membesar di belakang badan dalam tempoh 48 jam.
“Sakitnya sukar digambarkan! Pada pagi Isnin, saya tak dapat menahan diri daripada menahanan kesakitan walau lima minit sehingga menggigil.
“Jadi, saya pergi ke klinik rakan sebelum dimaklumkan terdapat cyst dan perlu dibuang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Azrene turut berkongsi foto ketika prosedur pembedahan sedang berjalan.
Tambah Azrene lagi, dia kini harus berehat daripada melakukan kerja-kerja berat atau perkara yang boleh mendatangkan stres sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 hari.
“Sekarang saya dah berasa lega selepas menjalani pembedahan kecil. 10 hari tanpa hiking atau buat aktiviti berat, 10 hari tanpa perlu hadap tekanan kerja.
“Badan saya memerlukan tempoh berehat yang cukup untuk pulih sepenuhnya, doakan saya.
“Saya tak tahu bagaimana saya nak duduk diam sahaja tanpa jalani rutin sibuk seperti biasa.
“Tidak mengiraukan email yang masuk pun sudah merupakan satu pencapaian buat saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan semoga Azrene lekas pulih dan boleh menjalani rutin harian seperti sedia kala.
Untuk rekod, Fazley dan Azrene telah pun medirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007
Sumber: Instagram Azrene Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik usia perkahwinan pasangan selebriti, Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin sudah mencecah ke angka enam tahun pada 11 November lalu.
Sempena meraikan hari ulang tahun itu, kedua-dua Amyra dan Amar bertukar-tukar pesanan romantis bagi menzahirkan penghargaan terhadap satu sama lain.
Berkongsikan kompilasi gambar momen bahagia mereka sepanjang enam tahun bersama di laman Instagram miliknya, Amar, 37, berkata dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan Amyra yang disifatkan perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
“Dah enam tahun dan kami masih kekal bertahan. Banyak perkara yang kita telah lalui bersama. Awak adalah perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya.
“Saya benar-benar bersyukur ada kamu dan teramat bersyukur bila kamu memilih saya menjadi suamimu.
“Selamat ulang tahun sayang, Amyra Rosli,” tulis Amar di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Amyra, 31, turut membalas ucapan romantis buat Amar dan berdoa agar kebahagiaan yang dibina mereka akan berkekalan sehingga ke syurga.
“Saya sangat bersyukur apabila hari-hari dapat bangun tidur berada di sisi suami terbaik dalam dunia ini.
“Hari ini kita meraikan ulang tahun keenam perkahwinan dan saya berdoa agar kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke jannah bersama cinta hati, kawan baik dan teman sejiwa saya,” titip Amyra.
Sekadar info, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amyra Rosli, Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang menantikan detik kelahiran cahaya ketiga dan yang pertama menerusi perkahwinan bersama pelakon, Aidil Aziz, perkongsian Fasha Sandha terhadap institusi perkahwinannya mendapat perhatian ramai.
Jelasnya menerusi satu entri Instagram buat tatapan umum beberapa hari lalu, dia dan suami saling berusaha untuk menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing.
Malah, bintang filem Anak Halal ini juga bercerita, si suami kini setiap hari ‘bercakap’ dengan bayi yang bakal lahir dan sering urut kakinya.
“Mencuba sedaya upaya untuk menerima ketidaksempurnaan masing2, Insyaallah.
“Terima kasih Suami, hari2 bercakap dengan baby dan urut kaki yang semakin sakit,” tulis Fasha.
Penyanyi cilik Indonesia, Farel Prayoga sekali lagi menjadi perhatian selepas ibu tirinya, Siti Mujayanah mendedahkan bahawa remaja itu merupakan anak luar nikah hasil hubungan...