Baru-baru ini, video nyanyian penyanyi, Aisyah Aziz tular diseluruh platform media sosial.
Rata-rata netizen terpegun saat memperdengarkan nyanyian Aisyah yang sangat lunak dan bersahaja sewaktu mendendangkan lagu Kali Terkahir Ku Lihat Wajahmu nyanyian asal penyanyi lagenda, Uji Rashid.
Malah, ada juga netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana penyanyi berbakat seperti Aisyah kurang mendapat perhatian meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni.
Dalam pada itu, seorang individu tampil memberikan pandangan dengan mengatakan segelintir netizen masa kini lebih gemar mengangkat penyanyi yang memiliki rupa paras cantik berbanding bakat.
Malah, individu tersebut juga secara terbuka memetik nama selebriti terkenal, Ayda Jebat sebagai contoh penyanyi yang dimaksudkannya itu.
Ads
“Sebab Malaysia suka naikkan bimbo tiada bakat tapi typical standard cantik (putih cerah) contohnya Ayda Jebat,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Hantaran tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan Ayda.
Ads
Tidak melatah, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini menasihati individu terbabit supaya menjaga percakapan dan tidak mempertikaikan rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT.
“Bimbo? Tak baik cakap orang macam itu. Jaga diri dan keluarga. Esok lusa tak tahu apa jadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” balas Ayda.
Ads
Terdahulu, Ayda kini difahamkan masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua pada 12 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial yang juga merupakan usahawan dan pereka fesyen, Prince Syed Shahid sanggup berhabis hampir RM9,000 demi menyiapkan busana buat dirinya dan isteri ketika menghadiri majlis perlancaran produk kecantikkan terbaharu milik pelakon terkenal, Rozita Che Wan.
Menurut Shahid, busana rona keemasan yang dilengkapi pelbagai eksesori seperti sayap dan lampu ‘lip-lap’ itu dibuat sebagai tanda sokongan dan memeriahkan lagi majlis rakan artis itu.
“Kami memang nak ikut tema bila Che Ta jemput datang ke majlisnya. Temanya pula ‘gold glowing’ dan kami hanya nak memeriahkan suasana,” katanya kepada MH
Katanya lagi, dia mengambil masa selama dua hari untuk menyiapakan dua pasang busana tersebut.
“Seperti sedia maklum, saya akan menjahit sendiri pakaian saya dan isteri untuk apa sahaja jenis majlis.
“Saya menambahbaik baju sebelum ini dengan penambahan perincian dari segi eksesori dan bahagian kepak,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Shahid akui sudah lali dengan kecaman netizen yang sering melabelkan rekaannya sebagai pelik dan agak keterlaluan.
“Boleh dikatakan hari-hari kami menerima komen yang mengatakan baju kami over. Dalam setiap hantaran itu, memang itu sahaja komennya.
“Sebenarnya kami selesa begini. Pada masa sama, saya dan isteri masih mengikut kesesuaian tempat dan majlis yang kami hadiri.
“Takkanlah nak pergi pasar borong pun pakai macam ni. Cuma ekpektasi orang sahaja yang ingat kami berpakaian sebegini seharian.
“Kami hanya akan melaram bila menghadiri majlis sahaja. Itu sahaja waktu yang ada pun,” kongsnya lagi.
Pada masa sama, Shahid yang memiliki jumlah pengikut lebih 500,000 di aplikasi Tik Tok turut mendedahkan dirinya sudah pun menyiapkan busana untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan.
“Ada 30 pasang dan tidak berulang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada kami setiap tahun.
“Kami pun sudah bekerja keras hampir setiap hari untuk menempuh sambutan hari saya ini. Kita sambut raya pun sebulan sahaja setahun.
“Itulah antara hari-hari yang kami boleh melaram. Nantikanlah baju kami pada hari raya pertama nanti. Memamg lain macam sikit,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahzemir turut merakam ucapan perhargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan
buat kami sekeluarga,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Rafidah dan anaknya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, tahniah Rafidah dan suami.
“Selamat berpantang.
“Alhamdulillah. Anugerah terindah.
“Alhamdulillah, barakallah. Semoga menjadi cahaya mata kebanggaan agama dan keluarga. Menjadi anak yang soleh dan sihat selalu,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Faridah atau lebih mesra disapa Fida telah mendirikan rumah tangga dengan Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.
Fida sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum berkongsi mengenai kehamilan ketiganya pada November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shahzemir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenazah wartawan yang meninggal dunia di London, United Kingdom, Fiza Kamaruddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan, Raudhatul Sakinah, Gombak, Selangor pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Jenazah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.47 pagi daripada London.
Allahyarham Fiza juga telah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi.
Sementara itu, suami kepada Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pengebumian isterinya telah dipermudahkan dari awal hingga akhir.
“Alhamdulillah, segala urusan semenjak di London sehingga ke tanah perkuburan hari ini telah berjalan dengan lancar seperti apa yang saya harapkan.
“Tak banyak yang boleh saya perkatakan hanya ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat terutamanya Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Persatuan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan rakan-rakan.
“Tidak dilupakan juga kepada komuniti Malaysia di London, Pesuruhjaya Tinggi, Malaysia Airlines dan badan-badan yang terlibat,” katanya yang temui selepas selasai urusan pengebumian.
Katanya lagi, dia juga syukur dapat menunaikan hajat terakhir isterinya untuk bercuti bersama keluarga di London.
“Antara pesanan yang menyentuh hati, sebelum kami berangkat ke London, dia ada bagitahu yang ini mungkin merupakan percutian kita yang terakhir.
“Kalau saya tak pergi, entah bila lagi saya dan dia akan pergi sekali. Mungkin itu petandanya. Saya pun dah tunaikan hajatnya untuk bawa keluarga ke London.
“Alhamdulillah, dia pun dapat merasai udara dan melawati bandar-bandar di London,” ujarnya lagi.
Berkongsi mengenai reaksi anak-anak, Roshdi atau lebih mesra disapa Dodi memaklumkan mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
“Ketika ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir, mereka agak sedih. Namun, lama-kelamaan, saya nasihatkan mereka supaya reda. Alhamdulillah mereka pun faham.
“Cuma saya kena tunjuk yang saya kuat di hadapan mereka. Kalau saya tak kuat, mereka pun mesti sedih. Diharapkan mereka akan terus reda sehingga mereka dewasa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim meyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar dalam syarikat
Norman yang juga merupakan majikan yang juga pemilik portal Boom dan Jurnal Malaysia, mendedahkan Allahyarham Fiza ialah pekerja yang begitu berdedikasi menjalankan tugas sebagai pengarang berita.
“Arwah bersama kami lebih kurang setahun sejak Disember 2022. Dia sangat komited dengan kerja walaupun sedang bercuti di London, dia tetap memeriksa artikel.
“Kehilangan arwah sangat besar untuk kami kerana dia sentiasa inginkan yang terbaik untuk memajukan portal kami,” katanya.
Sekadar informasi, Fiza dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.
Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Amerika Syarikat, Andy Dick, 59, dilaporkan mengalami overdose di sebuah jalan tepi bangunan di Hollywood selepas beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri...