Pelakon wanita yang sentiasa memberikan lakonan hebat sehingga mampu mengusik jiwa penonton, Fasha Sandha sering mendapat perhatian daripada netizen kerana sikap terbukanya untuk meluahkan perasaan di akaun Instagramnya.
Sikap terbukanya ini selalu mengundang netizen untuk memberikan komen-komen yang pedas dan negatif terhadap dirinya.
Namun menurut sebuah portal hiburan Fasha mengatakan, dia tidak pernah rasa terganggu dengan komen-komen tersebut kerana baginya akaunya itu merupakan ruang peribadinya untuk berkongsi pelbagai perkara.
“Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow!
“Saya jenis orang yang tahu akan baik dan buruk dalam sesuatu tindakan yang diambil dan saya ok sahaja dengan apa sahaja orang hendak kata kerana sudah lali.
“Saya tak baca komen negatif tetapi kalau ada orang maklumkan kepada saya mengenai komen yang melampau barulah saya akan sekat mereka,” jelasnya lagi.
Ada betulnya apa yang diluahkan oleh Fasha ini. Akaun Instagram miliknya ini merupakan ruang peribadi buat dirinya untuk berkongsi dengan peminat-peminatnya jadi jika ada sesiapa yang kurang suka dengan apa yang dikongsikannya, mungkin anda tahu apa yang patut anda lakukan.
Sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI