Selepas merakamkan lagu bersama diva pop Ziana Zain, rezeki sekali lagi memihak penyanyi baharu Hasif Upin apabila dia dipilih untuk berlakon buat pertama kalinya didalam filem Indonesia, Paku Tanah Jawa.
Meskipun ada yang mengatakan wataknya hanyalah kecil dan tidak memberikan impak, namun, Hasif tetap menganggap ia peluang terbesar apatah lagi bila dapat bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia, Masayu Anastasia.
“Saya seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang saya dapat. Saya tahu rezeki itu daripada Allah. Bila dapat menyanyi dengan Ziana Zain, ia merupakan pencapaian terbesar saya.
“Kemudian, dapat pula berlakon dengan Masayu Anastasia. Saya tonton dia berlakon senetron ABG (Akibat Banyak Gaul) sejak saya kecil.
“Bila saya berpeluang berlakon dengan orang yang saya ikuti sejak kecil. Perasaannya memang teruja.
“Kalau orang kata watak saya biasa-biasa sahaja, saya terima. Namun, peluang itu tak semua orang boleh dapat,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Waktu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Paku Tanah Jawa, baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Hasif akui senang bekerjasama dengan produksi Indonesia meskipun ini merupakan pengalaman pertamanya menceburi dunia lakonan.
“Alhamdulillah, pengarah Mas Bambang sangat baik. Dalam baik-baik dia pun, saya tetap kena menghafal dialog.
“Bila nak menghafal itu, ia sedikit memakan masa. Ada kalanya saya rasa anxiety. Namun, saya tetap cabar diri untuk berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Hasif turut mendedahkan dirinya berdepan detik menakutkan apabila bandar Jogja dilanda gempa bumi ketika menjalani penggambaran.
“Saya tak dapat fokus nak menghafal skrip sebab berlakunya gempa bumi di ketika penggambaran di Jogja, Indonesia. Ketika itu, semua penduduk menjerit ‘Allahuakbar’.
“Saya pun menahan air mata dan tangan pun menggigil. Ini pertama kali saya merasai gempa bumi. Jadi, bila penggambaran, saya terlalu risau jika berlaku gempa susulan.
Ads
“Ketika gempa, rasa seperti ada orang goyangkan kita. Saya pula tinggal di chalet kampung. Keadaan tak kukuh.
“Saya ada cakap dalam hati, kalau mati do Indonesia, saya reda sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, filem Paku Tanah Jawa ini merupakan hasil kerjasama dua negara diantara penerbit Malaysia, Armani Entertainment dan pengarah Indonesia Bambang Drias.
Filem ini juga telah berjaya meraih lebih 430,000 penonton atau sebanyak RM6.45 juta kutipan box office di Indonesia.
Selain Hasif Upin, naskhah ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, Wafda Saifan Lubis dan MK K-Clique.
Paku Tanah Jaya Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri memaklumkan dia merancang menunaikan puasa dan umrah di tanah suci kota Mekah, pada bulan Ramadan tahun ini.
Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh Bell menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.
“Macam tak kena je dgn susunan ats tu..tapi takpela,yang penting,jom sama2 saya sebab tahun ni InShaaAllah saya berpuasa di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah dan ziarah bersama @syabibahtravelandtours,” tulis Bell.
Tidak bakal berangkat keseorangan, Bell akan turut menunaikan ibadah umrah tersebut bersama beberapa rakan selebriti terkenal antaranya Faizal Ismail, Saharul Ridzwan dan Zulin Aziz.
Kongsi lagi pelakon drama bersiri Cinta Amnesia ini, dia berharap segala urusan tersebut bakal berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.
“@faizalfbi76 pun ada sekali..lagipon dr 20hb april sampai 1hb mei adalah hujung puasa..umrah 10hari terakhir ni insyaallah kita dapat beramal di malam lailatulqadar insyaallah.
“Semoga setiap perjalanan dan pengorbanan kita utk menunaikan umrah dan ziarah Nabi saw, Allah terima dan dipermudahkan.
“Amin Ya Allah! Moga mendapat kejayaan dunia & akhirat..,” tulisnya lagi.
Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah pelakon, Harris Annuar yang dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang daripada bercuti di Langkawi, baru-baru ini.
Menerusi sebuah posting yang dikongsikan di Instagram, Harris dengan rasa rendah diri membuat permohonan maaf kerana menyifatkan dirinya telah menyusahkan ramai pihak.
Malah, anak kepada usahawan kosmetik popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton ini turut memberi tahu, tahap kesihatannya kini baik-baik sahaja cuma badannya berasa sedikit lemah.
“Dengan rasa rendah dirinya Harris memohon maaf jika menyusahkan semua, untuk yang bertanyakan tentang khabar Harris, Alhamdulillah Harris sekarang ni ok, cuma badan je lemah sikit.
“Semalam bila harris buat test covid di @kumpulan_megaklinik_zahran and tested positive harris rasa jantung ni macam nak drop je, tapi takpe Harris percaya semuanya ada hikmah atas segalanya and doktor ada bagitahu Harris suruh harris inform dekat semua close contact Harris yang Harris jumpa dalam masa terdekat ni,” tulisnya.
Jelas finalis Hero Remaja 2017 ini lagi, dia berharap agar orang ramai tidak menunding jari kepada sesiapa pun kerana menyifatkan perkara seperti ini sukar untuk dikawal.
“And Alhamdulillah Harris dah bagitahu dekat semua, pihak klinik ada mengatakan yang close contact bermaksud yang harris tidur bersama, makan bersama, bercakap bersama tanpa memakai mask, itu dikira close contact manakala kalau Harris berjumpa tapi harris pakai mask and bercakap, itu tidak dikira close contact.
“Tapi kalau ragu ragu jugak tak mengapa boleh buat swab test dekat mana mana tempat berdekatan, Harris tak minta semua benda ni jadi, harap tiada siapa yang menuding jari, In Sha Allah Allah selamatkan segalanya! And terima kasih kepada semua yang risaukan tentang Harris,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut berharap agar Harris lekas sembuh.
Terdahulu, Harris bercuti di Langkawi selepas berjaya menamatkan misi kayuhan sejauh 540 KM daripada rumahnya ke pulau tersebut.
Sumber: Instagram Harris Annuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Sudah tentu rasa bersyukur bila dapat masuk ke final, kami sudah buat yang terbaik untuk dapat nombor satu tapi tiada rezeki.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat sejurus dinobatkan sebagai Naib Juara Famili Duo yang bersiaran secara langsung di TV3, malam tadi.
Bergandingan bersama adiknya, Fyna Jebat, juara musim kedua program realiti itu disandang anak kepada penyanyi senior Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.
“Apa pun saya percaya apa yang sudah tertulis ini ada hikmah di sebaliknya. Apa yang paling utama bagi saya sekarang ialah, saya dapat kembalikan kembali semangat peminat.
“Malah kami adik beradik juga dapat menghiburkan semua orang. Lebih istimewa bila kami turut undang kembali barisan selebriti yang pernah terbabit secara langsung bersama The Jebats dari minggu pertama hinggalah ke final.
“Orang kata ‘singnature’ mereka ini kita kembalikan ke malam kemuncal. Kami merasakan itulah momen paling berharga. Bukan nak kata ia bukan sebab wang ringgit, tapi bagi saya persembahan akhir malam tadi adalah anugerah yang sebenar,” katanya.
Sementara itu, Fyna yang turut berkongsi perasaan gembira turut terharu atas komitmen yang telah diberikan kakaknya sepanjang pertandingan.
“Saya rasa beruntung kerana daripada minggu pertama hingga akhir ini kakak saya bertungkus lumus. Bayangkan waktu tidurnya yang tidak cukup dan dia pun mempunyai anak.
“Saya berterima kasih atas segala yang telah dicurahkan. Pertandingan ini satu pendedahan baik untuk saya selepas lama menyepi. Terharu sebab Ayda sentiasa ada dan tak pernah jemu berikan tunjuk ajar,” katanya.
Berkongsi aspek prop memukau yang ditonjolkan setiap minggu, Ayda mendedahkan kos yang dilabur lebih RM150,000 keseluruhan.
“Saya ada berkongsi dengan keluarga juga mengenai perkara ini, sama ada ia berbaloi untuk saya manfaatkan jumlah sebanyak itu dan mereka berikan pandangan. Bagi saya sendiri pun, ia lebih kepada apa yang ingin saya persembahkan.
“Sudah tentu, dengan kos itu jugalah secara tak langsung saya dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang terlibat sepanjang saingan. Itu pun sudah buatkan saya rasa gembira.
“Kalau dilihat daripada sudut kontra pula, sudah tentu ia dilihat tidak berbaloi dari semua segi, misalnya dalam soal usaha, kreativiti, masa, energi dan sebagainya. Bagi saya ia lebih daripada nilai tersebut.
“Tapi bila difikirkan mengenai kepuasan diri dan untuk peminat, malah juri pun beri markah penuh, ia menaikkan semangat kami lagi. Cuma mungkin selepas ini kami perlu fikirkan juga soal practicality.
“Saya percaya masing-masing ada cara yang tersendiri. Inilah dinamakan adat pertandingan dan berbalik kepada soal rezeki. InsyaAllah ada yang lebih baik selepas ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Situasi yang berlaku sewaktu segmen penyampaian anugerah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), malam tadi, menarik perhatian ramai apabila penyanyi Bella Astillah dan...