Usahawan sensasi Liana Rosli menjelaskan mungkin berlaku kekeliruan terhadap slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya, Faris Razman yang diumumkan pada 27 Mei lalu.

Liana atau lebih mesra disapa Kak KM sebelum ini berkongsi Faris berjaya meraih 6A dalam SPM lalu namun ada netizen mendakwa keputusannya berbeza iaitu 3A apabila ia disemak secara dalam talian.

Susulan itu, Kak KM mengambil keputusan untuk membuat semakan semula keputusan SPM anak lelakinya itu.

“Sebenarnya benda itu (isu keputusan SPM) tengah ada isu dan perkara itu masih belum selesai.

“Jadi sekarang tengah tunggu keputusan SPM yang sebenar dan baru kita akan umumkan. Tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang,” katanya.

Liana menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pesona Kebaya di Pavilion Damansara Heights pada Sabtu.

IKLAN

Liana bagaimanapun menjelaskan dia tidak bersedih dengan perkara tersebut, sebalik tetap berbangga dengan kecemerlangan Faris.

“Tak sedih pun sebab kami bukan menipu dan saya pun tak sebut apa-apa tentang isu diperkatakan.

“Kita tunggu dan lihat pada rezeki… Janji ada A dan B. Sebagai ibu saya tetap bangga dengan Faris.

IKLAN

“Tak kisahlah dia pandai atau bodoh, saya tetap berbangga dengannya sebab dia sudah buat yang terbaik,” jelasnya.

Mengulas mengenai kecaman dia memberi hadiah mewah kepada Faris, Liana menganggap itu adalah rezeki anaknya dan tiada siapa patut mempertikaikannya.

“Suka hatilah kita mampu! Saya pun tak minta duit orang lain atau menyusahkan sesiapa.

IKLAN

“Itu memang rezeki anak saya. Jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka,” ujarnya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI