Perbualan yang cukup menarik dipaparkan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi Instagram apabila dia cuba meminta izin daripada isteri, Datin Seri Shahida untuk membeli sehelai baju berjenama mewah berharga RM200,000.
Lebih menarik apabila mendengar reaksi bersahaja wanita ini yang mendengar jumlah besar yang harus dikeluarkan untuk sehelai baju.
“Beli atau tak beli.. cuba kalau abg jadi isteri awak.. kasi tak abg beli?? ini adalah prank wife sy okeh @aliffarhan_jr nak tengok full bedio ni?? esok tau di astro ria.
“Korang jangan lupa layan Trek Selebriti terbaru lebih best bersama DS @aliffsyukriterlajaklaris dan hos @aliffarhan_jr SABTU INI| 9.30 PM | ASTRO RIA
#trekselebriti only at @chase_by_apdcrew
p/s: Lepas ditayangkan di tv, kalau nak tengok sambungannya, jangan lupa subscribe ke channel TV TERLAJAK LARIS,” tulisnya.
Setelah sekian lama dipersoal akan penampilan yang tetap dilihat dada seperti wanita meski dikatakan sudah nekad berhijrah, Safiey Illias menerusi entri terbaru mengesahkan dia sudah pun membuang silikon di dada.
Memuat naik foto lobi Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur, usahawan kosmetik ini secara ringkas menulis kapsyen, “Selesai. Alhamdulillah.”
Terdahulu, penyanyi Syinta Gila ini memohon doa netizen sebelum menjalani prosedur pembedahan silikon.
“Esok saya akan melakukan pembedahan buang silicone . Doakan saya . Mgkin jrg update dan live.
“Mak dan ayah pun dh ada di rumah untuk jaga saya . Yg asyik tanya bila nk buang jd saya update . Nnti sye post silicone nye nak sgt,” jelasnya.
Tindakannya mendapat sambutan positif netizen dan rata-rata mendoakan semoga lelaki ini terus istiqamah.
Foto : Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi entri terbaru Abby Abadi di Instahram, selebriti ini berkongsi pesanan arwah Tuan Guru Nik Aziz yang menyarankan agar umat manusia saling mengenali dan menolak secara jelas rasis ataupun perkauman yang merosakkan.
Malah, menerusi video yang dikongsi, pendakwah terkenal itu menyifatkan bahawa tiada satu bangsa pun yang lebih unggul daripada bangsa lain dan hakikat bahawa tiada satu pun bersifat abadi.
“Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, ta’assub kumpulan, perkauman ataupun sikap assobiyah yang merosakkan.
“Rasulullah s.a.w telah menunjukkan tauladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu ‘Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya dapat menjalani kehidupan aman dan damai.
“Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi
“Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit. Allah menggambarkannya dalam sebuah ayat:
فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلا يَتَسَاءَلُون
Maksudnya : “Apabila sangkakala ditiup maka tiada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.” (Surah al- Mu`minun:101)
“Allah turut menjelaskan dalam ayat yang lain bahawa hubungan keakraban dan persaudaraan seharusnya ditegakkan atas dasar takwa dalam firman-Nya:
“Maksudnya : “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf:67)
“Sayyid Qutub menyatakan dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran”, Takwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khuatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua larangan-larangan Allah di dalam kehidupan…
“Ps: Ketahuilah bahawasanya bangsa yg di bangga2kan oleh sesetengah dari kita tidak bernilai disisi ALLAH. Yg bernilai hanya IMAN & TAQWA 😇
Pelakon Evertts Gomes tampil memberi penjelasan berhubung satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, susulan kekeliruan mengenai ejaan namanya yang dikaitkan dengan selebriti antarabangsa, Selena Gomez.