Menerusi entri terbaru Abby Abadi di Instahram, selebriti ini berkongsi pesanan arwah Tuan Guru Nik Aziz yang menyarankan agar umat manusia saling mengenali dan menolak secara jelas rasis ataupun perkauman yang merosakkan.

Malah, menerusi video yang dikongsi, pendakwah terkenal itu menyifatkan bahawa tiada satu bangsa pun yang lebih unggul daripada bangsa lain dan hakikat bahawa tiada satu pun bersifat abadi.

“Mari Membaca & Memahami
#AlFatihahUntukTokGuruKesayangan

“Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, ta’assub kumpulan, perkauman ataupun sikap assobiyah yang merosakkan.

“Rasulullah s.a.w telah menunjukkan tauladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu ‘Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya dapat menjalani kehidupan aman dan damai.

“Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi

IKLAN

“Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit. Allah menggambarkannya dalam sebuah ayat:

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلا يَتَسَاءَلُون
Maksudnya : “Apabila sangkakala ditiup maka tiada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.” (Surah al- Mu`minun:101)

“Allah turut menjelaskan dalam ayat yang lain bahawa hubungan keakraban dan persaudaraan seharusnya ditegakkan atas dasar takwa dalam firman-Nya:

IKLAN

الأَخِلاَّء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ

“Maksudnya : “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf:67)

“Sayyid Qutub menyatakan dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran”, Takwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khuatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua larangan-larangan Allah di dalam kehidupan…

IKLAN

“Ps: Ketahuilah bahawasanya bangsa yg di bangga2kan oleh sesetengah dari kita tidak bernilai disisi ALLAH. Yg bernilai hanya IMAN & TAQWA 😇

#ISLAMRahmatBuatSemua #TolakPerkauman #TolakFitnah #FahamISUbarukomen,” tulisnya.

View this post on Instagram

Mari Membaca & Memahami ❤️ #AlFatihahUntukTokGuruKesayangan . Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, ta’assub kumpulan, perkauman ataupun sikap assobiyah yang merosakkan. . Rasulullah s.a.w telah menunjukkan tauladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu ‘Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya dapat menjalani kehidupan aman dan damai. . Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi . Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit. Allah menggambarkannya dalam sebuah ayat: . فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلا يَتَسَاءَلُونَ Maksudnya : “Apabila sangkakala ditiup maka tiada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.” (Surah al- Mu`minun:101) . Allah turut menjelaskan dalam ayat yang lain bahawa hubungan keakraban dan persaudaraan seharusnya ditegakkan atas dasar takwa dalam firman-Nya: . الأَخِلاَّء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ . Maksudnya : “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf:67) . Sayyid Qutub menyatakan dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran”, Takwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khuatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua larangan-larangan Allah di dalam kehidupan… . Ps: Ketahuilah bahawasanya bangsa yg di bangga2kan oleh sesetengah dari kita tidak bernilai disisi ALLAH. Yg bernilai hanya IMAN & TAQWA 😇 #ISLAMRahmatBuatSemua #TolakPerkauman #TolakFitnah #FahamISUbarukomen ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Menjelang Hari Kemerdekaan ke-62 tidak lama lagi, semua bangsa Malaysia dapat bersatu demi kesejahteraan bersama.

Foto : Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI