Baru-baru ini, semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu telah menerima keputusan mereka.

Ada juga selebriti yang mengambil SPM seperti penyanyi, Wani Kayrie dan dia mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan secara tidak langsung membuktikan bahawa menceburi bidang seni ketika bersekolah tidak menghalang kejayaan seseorang dalam pelajaran.

A post shared by Wani Kayrie ♡ (@wanikayrie) on

Dalam pada itu penyanyi popular, Ismail Izzani pernah menyatakan kepada satu sumber bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak menduduki SPM dan terus melanjutkan pelajarannya ke kolej swasta.

IKLAN

‘Tak Semestinya Orang Yang Tidak Memilik SPM Tidak Boleh Berjaya’ – Aiman Tino Akui Setuju Dengan Pendapat Ismail Izzani

“Sejujurnya saya bukan seorang yang suka belajar. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak menduduki SPM seperti rakan yang lain.

 

“Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka juga bersepakat serta setuju untuk saya terus melanjutkan pelajaran di kolej swasta,” katanya kepada Mstar Online.

Penyanyi ini juga berkata, dia berjanji akan berusaha untuk membuktikan kepada semua bahawa dia juga boleh berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.

IKLAN

Bersetuju dengan Ismail Izzani, penyanyi popular, Aiman Tino juga turut berkata tanpa SPM tidak semestinya seseorang itu tidak boleh berjaya.

IKLAN

‘Tak Semestinya Orang Yang Tidak Memilik SPM Tidak Boleh Berjaya’ – Aiman Tino Akui Setuju Dengan Pendapat Ismail Izzani

“SPM itu sebenarnya penting juga untuk digunakan sebagai sijil untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

 

“Tapi tidak semestinya orang yang tidak memilik SPM tidak boleh berjaya kerana setiap kejayaan itu bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh sesorang itu.

 

“Ramai sahaja rakan saya yang tidak menghabiskan pelajaran namun kini sudah berjaya memiliki perniagaan sendiri malah mereka lebih berjaya daripada orang lain.

 

“Saya bersetuju dengan Ismail Izzani kerana tidak semestinya dia tidak ada SPM hidupnya akan gagal kerana bagi saya Ismail mesti ada perancangan untuk memajukan dirinya pada masa akan datang,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagi MH ada benarnya pendapat Ismail Izzani dan Aiman Tino ini, SPM bukanlah batu pengukur kejayaan seseorang. Apa yang penting adalah sejauh mana seseorang itu mahu berusaha untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Mungkin bukan dari segi pelajaran tetapi kejaayan dalam bidang yang dipilih oleh mereka.

Sumber: Mstar Online & Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI