Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan isi hati menerusi laman Instagram miliknya.

Bintang Cari Aku Di Syurga ini mengutarakan isu mengenai peniaga online yang menghadiahkan produk berbentuk makanan kepadanya.

Tegas Janna, dia menerima hadiah yang diberi dengan hati terbuka dan bersyukur, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi dan mewajibkan dirinya untuk riviu setiap barangan yang diterima.

Malah ulasnya lagi, ada kalanya makanan yang diterima mungkin tidak menepati citarasa dan dalam erti kata lain, tidak sedap dan atas sebab itu, dia tidak sesekali akan memberikan ulasan di laman Instagram kerana tidak mahu menipu pengikut.

“Isu peniaga online! Assalamualaikum kepada semua. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham.

“Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni. (Kalau ada Yang DM, “janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya”).

IKLAN

“Saya memang tak buat. Tapi Kalau ada Yang DM (janna, saya nak bagi janna rasa makanan saya, harap janna sudi).

“Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap. Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP,” katanya.

Sambil berterima kasih, Janna pada masa sama turut berkongsi punca dan ia tiada kaitan dengan rasa rimas atau sebaliknya.

“Jangan risau ok. Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin, even Saya beli pun.

IKLAN

“Kalau memang sedap, saya akan tetap buat shout out. Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS.

“Cuma peti ais rumah saya dah penuh, sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar.

“Saya bersyukur sangat, orang bagi makanan. Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan. Kalau Saya nak, Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la.

IKLAN

“Kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah. Ampun,” kongsinya panjang lebar.

View this post on Instagram

Assalamualaikum kepada semua.. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham… Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni… • ( Kalau ada Yang DM, “ janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya” ) • Saya memang tak buat.. • • Tapi Kalau ada Yang DM ( janna , saya nak bagi janna rasa makanan saya..harap janna sudi ) • Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap…. • • Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP “…. • • Jangan risau ok..Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin…even Saya beli pun…kalau memang sedap..Saya akan tetap buat shout out.. • • Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS… Cuma peti ais rumah saya dah penuh..😭 sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar…Saya bersyukur sangat…orang bagi makanan…Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan…kalau Saya nak…Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la…kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah… Ampun 🙏 @sephia.my @whitefluffy.my

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Perkongsiannya turut mendapat reaksi beberapa selebriti yang berkongsi perkara lebih kurang sama.

“Tak Sedap Tapi Saya Cakap Sedap,” – Terima Pelbagai Produk Makanan, Janna Nick Tegaskan Jangan Paksa Dan Wajibkan Dirinya Untuk Promosi “Tak Sedap Tapi Saya Cakap Sedap,” – Terima Pelbagai Produk Makanan, Janna Nick Tegaskan Jangan Paksa Dan Wajibkan Dirinya Untuk Promosi “Tak Sedap Tapi Saya Cakap Sedap,” – Terima Pelbagai Produk Makanan, Janna Nick Tegaskan Jangan Paksa Dan Wajibkan Dirinya Untuk Promosi

Foto : Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI